header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Panduan Permohonan

PERMOHONAN HARTA PUSAKA KECIL

Harta Pusaka Kecil adalah harta peninggalan simati berupa harta tak alih sahaja seperti tanah dan rumah atau harta tak alih bersama harta alih seperti wang simpanan, saham dan kenderaan yang nilai harta keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan. Sebarang harta simati bagi orang bukan Islam yang mengandungi Wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 tidak ditakrifkan sebagai harta pusaka kecil.

PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari portal Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan di www.jkptg.gov.my. Sila klik pada Senarai Perkhidmatan Atas Talian JKPTG Online di bawah Capaian Orang Awam dan pilih Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil. Seterusnya, sila klik pada pautan Daftar Akaun Baru untuk membuat pendaftaran sebagai pengguna sistem JKPTG Online. Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh log masuk ke modul JKPTG Online.

Terdapat 2 jenis permohonan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu permohonan di bawah Seksyen 8 (Borang A) dan permohonan di bawah Seksyen 17 (Borang P). Borang A adalah untuk permohonan baru yang mana tiada apa-apa permohonan difailkan sebelum ini di atas nama simati. Manakala Borang P adalah Permohonan Berikutnya dimana sebelum ini telah ada permohonan harta pusaka kecil di bawah Seksyen 8 dan telah diselesaikan. Borang P dimasukkan dalam keadaan terdapat harta yang tertinggal dalam permohonan terdahulu, melantik Pentadbir atau Pemegang Amanah yang baru, membatalkan Pentadbir atau Pemegang Amanah untuk membuat pembahagian terus kepada waris-waris serta menarik balik Kaveat Pendaftar.

Borang A yang telah diisi secara atas talian hendaklah dicetak dan ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah/Majistret dan dihantar bersama dokumen sokongan ke Unit Pembahagian Pusaka yang berkenaan dalam tempoh 21 hari dari permohonan dihantar secara atas talian. Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama Borang A dan Borang P boleh dirujuk pada Senarai Semak di laman portal ini.

Permohonan yang telah lengkap diproses akan dipanggil bicara melalui Notis Bicara (Borang D/S). Tujuan perbicaraan adalah untuk menentukan waris-waris-waris yang berhak, memastikan harta yang dituntut adalah kepunyaan si mati dan menentukan cara pembahagian harta pusaka si mati. Perintah Pembahagian dan Surat Kuasa Mentadbir (Borang E/F/T) akan dikeluarkan bagi kes yang selesai.

 

Panduan Menghadiri Perbicaraan (PDF)

 

Panduan Menguruskan Perintah Pembahagian (PDF)

 

 

Senarai Semak

Senarai Semak Permohonan Baru (Seksyen 8)

 Senarai Semak Borang A

Senarai Semak Permohonan Berikutnya (Seksyen 17)

 Senarai Semak Borang P

Carta Alir
 

CARTA PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 2720

This Week 5976

This Month 45134

Total 9168363

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here