Kami warga JKPTG berjanji dan beriltizam akan memberi perkhidmatan berkualiti mengikut teras seperti berikut:
- Pengurusan Tanah Persekutuan
- Perolehan Tanah - Mengemukakan perolehan Tanah Persekutuan dalam tempoh tidak melebihi 1 bulan selepas menerima permohonan yang lengkap daripada Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP).
- Pengurusan Tanah - Membayar cukai tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kepada Kerajaan Negeri sebelum 1 Jun setiap tahun.
- Pengurusan Urusniaga Tanah
- Memantau bagi memastikan 90% pendaftaran urusniaga tanah diselesaikan dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Pengurusan Pusaka Kecil - Menyelesaikan kes yang tidak bermasalah bagi:-
- Permohonan baru (seksyen 8 Akta 98) dalam tempoh 4 ½ bulan.
- Permohonan berikutnya (Seksyen 17 Akta 98) dalam tempoh 3 (tiga) bulan
- Pengurusan pentadbiran dan kewangan
- Pengurusan pembayaran dalam tempoh tidak melebihi 10 hari bekerja.
Nota: Piagam Pelanggan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Bil. 5/2013 pada 29 Mei 2013.