Bahagian Dasar dan Konsultasi (BD&K) JKPTG telah menganjurkan Program Townhall Bersama Pentadbiran Tanah Bagi Cadangan Pindaan Kanun Tanah Negara (Elektronik) pada 28 Oktober 2022. Program yang bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, KeTSA ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Program ini dihadiri oleh sekurang-kurangnya 130 orang peserta yang terdiri daripada warga-warga pentadbiran tanah Negeri dan Daerah, warga JKPTG, serta agensi berkaitan seperti INSTUN, AGC dan BHEUU, JPM.
Program berkenaan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan warga pentadbiran tanah berkenaan cadangan Pindaan Kanun Tanah Negara (Elektronik) ke arah sistem pentadbiran tanah secara dalam talian sepenuhnya. Hasil pembentangan oleh YBrs. Encik Anesh a/l Ganason, Ketua Penolong Pengarah (SME) BD&K, pelbagai maklum balas membina diterima. Pandangan ini akan digunakan bagi menambah baik cadangan pindaan tersebut sebelum diterjemahkan kepada cadangan Rang Undang-undang kelak.