header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang

Sebelum tahun 1980, proses pengambilan tanah untuk projek pembangunan Kerajaan Persekutuan dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun proses tersebut mengambil masa yang lama dan ini menjejaskan kelancaran perancangan dan pembangunan projek yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Persekutuan kemudiannya telah mengambil inisiatif untuk membantu Kerajaan-kerajaan Negeri terutama proses pengambilan tanah untuk projek-projek Kerajaan Pusat. Unit Khas Bergerak (UKB) kemudiannya telah ditubuhkan pada 12 Mac 1978 hasil syor Jawatankuasa Kemajuan Tadbiran Negara. Pada April 1994, unit ini kemudiannya telah digantikan namanya bersesuaian dengan tugas dan matlamat unit ini ditubuhkan iaitu Unit Pengambilan Tanah (UPT)

Fungsi
  • Menerima permohonan dan dokumen sokongan pengambilan tanah daripada agensi pemohon (Kementerian) bagi maksud Persekutuan melalui proses pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960.
  • Memantau proses pengambilan tanah dan permintaan ukur di JKPTG cawangan negeri melalui Laporan Prestasi Bulanan Unit Pengambilan Tanah dan laporan pemantauan.
  • Mendapatkan kelulusan Y.B. Menteri mengenai penamatan kawasan penempatan Berkelompok di bawah seksyen 44(1) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok).
  • Membantu pengawasan ke atas penggunaan dan pencerobohan tanah rizab dan tanah milik Persekutuan.
  • Menyediakan dan meminda undang-undang dan pekeliling KPTG berkenaan dengan pengambilan tanah dan penamatan kawasan penempatan berkelompok.
  • Memastikan Kualiti Jabatan sentiasa terpelihara mengikut garis panduan di dalam Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti MS ISO 9002 Jabatan.
Objektif, Misi dan Visi

Objektif:

  1. Bahagian
    • Memastikan permohonan Pengambilan Tanah berjalan dengan lancar, menepati keperluan dengan cekap seperti kehendak Akta Pengambilan Tanah 1960.
    • Memastikan permohonan mendapatkan kebenaran Y.B. Menteri bagi pembatalan tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 berjalan dengan lancar.
  2. Unit Pengambilan Tanah Negeri
    • Mempercepatkan proses permohonan pengambilan tanah yang dikemukakan oleh Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Negeri;
    • Menjelaskan bayaran pampasan dan dalam keadaan-keadaan tertentu mendepositkannya di Mahkamah atau Amanah Raya Berhad yang mana berkenaan dalam tempoh genap masa;
    • Membantu Pejabat Tanah mengeluarkan hakmilik sambungan (jika berkaitan) melalui permohonan ukur selepas proses Pengambilan Tanah selesai.
    • Merujukkan kes-kes rayuan ke Mahkamah yang dibuat di bawah Seksyen 37(1)(a) - (d) Akta Pengambilan
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue