Dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 seperti ketetapan berikut:
Tajuk : Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 Siri 1 Tahun 2024
Tempat : Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Putrajaya, Presint 4, W. P. Putrajaya
Tarikh : 20 Februari (Selasa)
*Tertakluk kepada sebarang pindaan.
Permohonan akan dibuka bermula 9 Januari 2024 (Selasa) hingga 7 Februari 2024 (Rabu) dan boleh dihantar terus kepada urus setia peperiksaan, Encik Ikhmar Aliff bin Halili (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Bersama-sama ini disertakan dokumen Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 dan Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan di pautan berikut DISINI