Dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 seperti ketetapan berikut:
Tajuk : Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 Siri 1 Tahun 2025
Tempat : Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Putrajaya, Presint 4, W. P. Putrajaya
Tarikh : 17 Februari 2025 (Isnin)
*Tertakluk kepada sebarang pindaan.
Permohonan akan dibuka bermula 6 Januari 2025 (Isnin) hingga 7 Februari 2025 (Jumaat) dan boleh dihantar terus kepada urus setia peperiksaan, Encik Ikhmar Aliff bin Halili (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Bersama-sama ini disertakan dokumen Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 dan Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan di pautan berikut DISINI