Jurnal LAND merupakan jurnal terbitan JKPTG yang diselaraskan oleh Bahagian Dasar dan Konsultasi (BD&K). Jurnal ini memfokuskan kepada pentadbiran tanah serta isu-isu yang berkaitan. Antaranya adalah isu perundangan, pembangunan tanah, strata dan stratum, pengambilan dan penyerahan, penguatkuasaan, wakaf dan pusaka, Tanah Rizab Melayu dan Tanah Adat, serta isu-isu lain yang berkaitan dengan pentadbiran tanah.
Tuan/puan terutamanya warga Pentadbiran Tanah adalah dijemput untuk menghantar penulisan ilmiah bagi penerbitan menerusi jurnal LAND. Maklumat lanjut seperti format penulisan boleh diperolehi daripada urusetia penerbitan jurnal LAND pada poster yang disertakan.