header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Borang Permohonan (Borang A – Seksyen 8) yang telah lengkap diisi dan dihantar secara dalam talian hendaklah dicetak dan ditandatangani di hadapan Majistret/Pesuruhjaya Sumpah serta dihantar bersama dokumen sokongan secara fizikal (hardcopy) ke Unit Pembahagian Pusaka di mana harta tak alih simati terletak (seperti dalam slip Pengesahan Permohonan) samaada secara serahan di kaunter atau melalui poslaju/kurier. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

1. Salinan Sijil Kematian

2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris (salinan muka hadapan dan belakang) dan salinan Kad Pengenalan /Sijil Kelahiran bagi waris yang berumur kurang dari 18 tahun.

3. Salinan Sijil Perkahwinan atau Daftar Perkahwinan simati.

4. Dua (2) Salinan Hakmilik / Geran yang lengkap beserta Pelan Tapak bagi harta tak alih yang dituntut jika ada Hakmilik / Geran; atau

Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli harta tak alih yang dituntut atau Daftar Pegangan (Registry of Holding) jika harta tersebut masih belum mempunyai Hakmilik / Geran.

5. Dua (2) Salinan Carian Rasmi yang dibeli dari Pejabat Tanah Daerah bagi hakmilik HSM/GM/PM atau Pejabat Tanah Galian Negeri (PTG) bagi hakmilik HSD/GRN/PN.

6. Salinan Bil / Resit Cukai Pintu (Taksiran) jika berkaitan.

7. Salinan dokumen-dokumen yang terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih simati seperti penyata akaun simpanan, sijil saham, insurans, hakmilik kenderaan dan lain-lain (jika berkaitan).

8. Salinan dokumen Penyata Hutang Piutang simati (jika berkaitan).

Permohonan yang lengkap diterima akan diproses oleh Unit Pembahagian Pusaka yang berkenaan dan satu tarikh perbicaraan akan ditetapkan kemudian. Bayaran yang dikenakan adalah 0.2% dari nilai keseluruhan harta simati dan hanya perlu dibayar sekiranya kes telah selesai dibicarakan. Sebarang pertanyaan berkaitan harta pusaka boleh hubungi Pusat Pertanyaan Pusaka di talian 03-8871 2999.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 1024

This Week 15952

This Month 55830

Total 9250112

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here