header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Keputusan Carian:

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2014

Date of Circular Wednesday, 16 July 2014 Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG Negeri bagi Permohonan Tanah (Untuk Mendapatkan Hakmilik/Rizab) untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan bayaran pendaftaran pemohonan tanah.

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :

  1. Memudahkan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah Tanah Kerajaan Negeri sahaja;
  2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu JKP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan;
  3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini; dan
  4. Mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu serta mempercepatkan proses pemberimilikan/perizaban oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010

Date of Circular Thursday, 01 July 2010 Penggunaan draf perjanjian seragam pembelian tanah atau bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010

Date of Circular Tuesday, 01 June 2010 Peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah Kerajaan di Sarawak, senarai semak dan dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk :

  1. Menerangkan peranan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah; dan
  2. Tatacara semasa mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2008

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan kerajaan persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh kementerian dan jabatan persekutuan di negeri sarawak.

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 4/2008

Date of Circular Tuesday, 03 February 2009 Peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah kerajaan di Sabah, kadar bayaran permohonan dan senarai semak yang perlu dikemukakan semasa mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk :

  1. Menerangkan peranan Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah,
  2. Memaklumkan bayaran permohonan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan; dan
  3. Meminta KJP mengemukakan senarai semak seperti di lampiran semasa mengemukakan permohonan tanah kepada PTP untuk dipanjangkan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT).

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2008

Date of Circular Tuesday, 01 July 2008 Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2007

Date of Circular Wednesday, 24 October 2007 Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG negeri bagi permohonan tanah (untuk mendapatkan hakmilik/rizab) untuk kegunaan kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan pengguna (KJP) dan fee Permohonan Tanah.

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk:

  1. Memudahkan KJP memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah tanah Kerajaan Negeri (State Land) sahaja;
  2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu KJP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan; dan
  3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini. 

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2003

Date of Circular Wednesday, 01 January 2003 Garis panduan permohonan pengambilan tanah bagi maksud awam oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Semenangjung Malaysia.

Purpose of Circular

Tujuan Pekeliling ini adalah sebagai garis panduan khas kepada semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan mengenai tatacara memohon pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.

Total items found: 8
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 1334

This Week 16973

This Month 4765

Total 8907264

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here