Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu permohonan hakmilik strata untuk bangunan khas adalah:
a. penambahbaikan dari aspek perundangan :
- memperuntukkan tafsiran “bangunan khas” di dalam Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] bagi bangunan bertingkat lama yang diduduki sebelum Jun 1996, atau dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007; dan
- menambahbaik peruntukan mengenai permohonan hakmilik strata di dalam Akta 318 dengan mengecualikan dokumen tertentu bagi permohonan hakmilik strata yang melibatkan bangunan khas.
b. penubuhan Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas Hakmilik Strata yang menyediakan dana untuk membiayai kos permohonan hakmilik strata bagi bangunan khas. Permohonan boleh dikemukakan kepada Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas melalui sistem MyLand.