Pemilik petak boleh menyemak urusan cukai petak dan bayaran cukai seperti berikut:
Semakan Cukai Petak
Semakan cukai petak boleh dilaksanakan di portal e-hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri/hadir ke mana-mana kaunter hasil Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) seluruh negeri atau di kaunter hasil PTG Negeri untuk mendapatkan bil.
Untuk semakan dan bayaran cukai petak, maklumat berikut diperlukan:
(i) No. Akaun Cukai Petak (tertera di dalam salinan bil cukai petak); atau
(ii) Maklumat Hakmilik (No. Hakmilik, No. Lot, No. Petak, Mukim).
Bayaran Cukai Petak
Bil cukai petak akan dikeluarkan oleh PTG/PTD atas nama pemilik petak sebagaimana yang didaftarkan dalam dokumen hakmilik strata. Setelah menerima bil cukai petak, maka bayaran tersebut boleh dijelaskan di PTG/PTD di mana hartanah tersebut terletak atau apa-apa cara pembayaran yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Bagi Pejabat Tanah yang tidak lagi mengeluarkan bil, semakan boleh dilaksanakan melalui portal Pejabat Tanah.