Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk memantau status perizaban tanah-tanah kegunaan saliran, bekalan air, dan pembentungan seperti status pengambilan tanah, status permohonan perizaban dan status pewartaan tanah-tanah terlibat. Mesyuarat yang dianjurkan oleh JKPTG WPKL ini telah dihadiri pegawai-pegawai dari KWP, JPS Labuan, JBA Labuan, JPP Putrajaya, IWK, JUPEM Labuan PTG Labuan dan Perbadanan Labuan.










