header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • Pengguna: Abd Rahman bin Yahaya
  • Tarikh: Wednesday, 20 April 2016
  • Jenis: Pertanyaan

Askm,
 
Saya ingin membuat pertanyaan, semasa arwah isteri saya masa hidup kami telah membeli rumah dan nama pemilik adalah saya dan isteri, soalan saya sekiranya saya ingin menjual rumah tersebut setelah prosses pindah milik sepenuh nya selesai di jalan kan, ada kah mana2 pihak yang boleh menuntut, rumah tersebut masih ada baki pinjaman,

harap tuan/puan dapat membalas dan menerangkan pada saya dan biarlah ianya adil.
 
Yang Benar
Abd Rahman Yahaya

Maklum Balas / Tindakan

Dengan segala hormatnya email tuan dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan terlebih dahulu pihak kami menyarankan agar pihak tuan menyegerakan permohonan tuntutan harta pusaka arwah. Untuk kemudahan tuan bersama-sama ini dilampirkan panduan serta borang permhonan tuntutan harta pusaka kecil.

3.         Adalah dimaklumkan juga pembahagian harta pusaka bagi orang Islam iaitu setelah ditolak hutang, belanja kebumi (jika berbangkit) dan wasiat (Jika ada) , bakinya dibahagikan mengikut hukum syarak. Apabila seseorang pemilik harta meninggal dunia, Allah SWT  Yang Maha Adil telah menetapkan hak bahagian yang sepatutnya diterima oleh setiap ahli waris daripada harta pusaka arwah. Oleh itu pihak tuan dinasihatkan menyegerakan permohonan dan mendapatkan penerangan yang jelas daripada pegawai kami di Unit Pembahagian Pusaka JKPTG(P) yang berhampiran.

Sekian, terima kasih.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 106

This Week 10438

This Month 66705

Total 9189934

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here