header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • Pengguna: Tiada Nama
  • Tarikh: Monday, 23 November 2015
  • Jenis: Pertanyaan

As salam dan salam sejahtera.
Terima kasih kerana sudi membaca emel ini. Saya dengan rasa rendah diri mohon kerjasama daripada tuan/puan menjawab pertanyaan ini.
 
Arwah datuk mempunyai 7 orang anak. Ayah saya merupakan anak keempat arwah.
Sekarang, bapa saudara sedang menguruskan pembahagian harta tak alih arwah datuk. Menurut bapa saudara, pembahagian itu akan dilakukan secara faraid.
Walau bagaimanapun, ayah saya telah meninggal dunia sejak 4 tahun lalu. Arwah ayah meninggalkan seorang isteri (ibu saya) dan dua orang anak perempuan yang sah taraf (kakak dan saya). Ini bermakna, ibu, kakak dan saya ialah pewaris yang sah untuk bahagian arwah ayah.

Soalannya, adakah kami (ibu, kakak dan saya) perlu memohon sijil faraid untuk urusan pembahagian harta itu?

Jika ya:
1.    Di manakah permohononan sijil itu perlu dilakukan?
2.    Apakah dokumen yang perlu dibawa jika ingin membuat permohonan?
 
Jika tidak:
1.    Sila jelaskan sebab jika kami tidak perlu membuat pemohonan sijil faraid.
 
Sekian. Jasa baik tuan/puan saya ucapkan jutaan terima kasih.

Maklum Balas / Tindakan

Dengan segala hormatnya.

2.         Adalah dimaklumkan berdasarkan maklumat yang pihak puan berikan, puan adalah waris penganti kepada arwah ayah dan berhak mendapat bahagian mengikut hukum syarak. Untuk tujuan permohonan pembahagian pusaka kecil pihak puan tidak perlu mendapatkan sijil faraid dari Mahkamah Tinggi Syariah.  Setelah sesuatu permohonan pembahagian pusaka di masukkan melalui kami (Unit Pembahagian Pusaka yang berkenaan), pihak kami mempunyai bidangkuasa menentukan siapakah waris yang berhak mewarisi harta pusaka simati serta menentukan cara pembahagiannya (tertaaluk kepada perbicaraan). Sijil faraid hanya diperlukan di dalam keadaan tertentu sahaja atau mengikut arahan pegawai yang mengendalikan perbicaraan. Untuk kemudahan pihak puan bersama-sama ini disertakan panduan permohonan pembahagian harta pusaka kecil.

Sekian, terima kasih.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 105

This Week 9898

This Month 49776

Total 9244058

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here