header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Latar Belakang

Pada asalnya, jabatan ini dikenali sebagai Unit Khas Bergerak (UKB) dan ditubuhkan pada tahun 1979. Mulai tahun 2000, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang diwujudkan secara rasmi di Kuantan (ibu pejabat dan Zon Timur) serta dua buah cawangan iaitu di Temerloh (Zon Tengah) dan di Raub (Zon Barat) dengan dianggotai oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pengambilan Tanah, Unit Tanah Persekutuan dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil.

 JKPTG Kuantan telah memulakan operasi di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang. Memandangkan pertambahan bilangan pegawai dan kakitangan, pada tahun 2000 Jabatan ini telah berpindah ke Jalan Teluk Sisek. Jabatan ini mempunyai seramai 29 orang kakitangan iaitu 23 orang di Unit Pengambilan Tanah dan 6 orang di Unit Pusaka. Cawangan Temerloh telah beroperasi di Bangunan Pejabat Daerah Temerloh. Pada tahun 1995 jabatan ini telah berpindah ke Pejabat Felda Temerloh iaitu selama 3 tahun. Kemudiannya sekali lagi telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Temerloh, Jalan Merdeka mulai 2 September 2003 sehingga sekarang. Jabatan ini mempunyai seramai 19 orang kakitangan iaitu 12 orang di Unit Pengambilan Tanah dan 7 orang di Unit Pusaka.

Cawangan Raub mula beroperasi di Pejabat Tanah dan Daerah Raub. Pada tahun 1984 JKPTG Raub telah berpindah ke Pejabat Majlis Daerah Raub dan kemudiannya pada tahun 1991 telah berpindah semula ke Pejabat Tanah dan Daerah Raub. Kini, JKPTG Raub beroperasi di Bangunan Gunasama Persekutuan Raub sejak tahun 1996. Ia mempunyai seramai 14 orang kakitangan iaitu 9 orang dari Unit Pengambilan Tanah manakala seramai 5 orang dari Unit Pusaka.

Fungsi

1. Unit Pengambilan Tanah

  • Menerima permohonan dan dokumen sokongan Pengambilan Tanah daripada agensi pemohon (Kementerian) bagi maksud Persekutuan melalui Proses Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Memantau proses Pengambilan Tanah dan Permintaan Ukur di JKPTG Negeri melalui laporan Prestasi Bulanan Unit Pengambilan Tanah
  • Menepati keperluan undang-undang dan Pekeliling KPTG/PTP berkenaan dengan Pengambilan Tanah

2. Unit Tanah Persekutuan

  • Memproses permohonan pembahagian pusaka kecil
  • Mengurus permohonan pemberimilikan tanah untuk projek Persekutuan
  • Menguruskan pembayaran cukai tanah milik Persekutuan bagi Negeri Pahang
  • Menguruskan perletakhakan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
  • Membantu Kementerian/ Jabatan Persekutuan untuk membangunkan tanah-tanah Persekutuan agar dapat digunakan secara optima

3. Unit Pentadbiran & Kewangan

  • Mengurus dan mengawal hal-hal pentadbiran am, perkhidmatan dan kewangan jabatan di peringkat ibu pejabat (Kuantan) dan pejabat cawangan negeri (Temerloh dan Raub) secara teratur, cekap dan berkesan

Pentadbiran

  • Menguruskan Mesyuarat Pengurusan & Kewangan setiap empat kali setahun
  • Merekod semua urusan surat-menyurat dan fail-fail jabatan serta keselamatan pejabat
  • Menguruskan rekod cuti kakitangan dan urusan persaraan
  • Menguruskan perakuan tanggung kerja
  • Menguruskan penyewaan ruang pejabat
  • Mengemaskini data-data perjawatan
  •  

Kewangan

  • Penyediaan laporan kewangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Akaun (JPA)
  • Penyediaan anggaran belanjawan dan kewangan jabatan
  • Menguruskan pembayaran dan pembelian harta modal, inventori, alat tulis dan peralatan-peralatan lain
  • Menguruskan panjaran runcit
  • Kawal selia peruntukan dan perbelanjaan jabatan

Unit Task Force

  • Membantu Kementerian / Jabatan dalam proses perolehan tanah untuk projek-projek dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9)
  • Mengenalpasti tanah-tanah milik PTP Negeri Pahang yang berada di bawah kawalan Kementerian
  • Memantau tanah-tanah PTP Negeri Pahang daripada dicerobohi

Unit Komputer

  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan operasi bagi semua Sistem Maklumat Tanah sedia ada yang masih berkuatkuasa
  • Bertanggungjawab mengenalpasti masalah aplikasi bagi semua Sistem Maklumat Tanah sedia ada dan permintaan urusan baru
  • Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan “Help Desk” bagi semua Sistem Maklumat Tanah
  • Melaksanakan dan merancang program promosi bagi semua Sistem Maklumat Tanah yang telah dibangunkan
Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Mempercepatkan Proses Permohonan Pengambilan Tanah Yang Dikemukakan Oleh Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Menepati Keperluan Dengan Cekap Seperti Kehendak Akta Pengambilan Tanah 1960.
  2.  Menjelaskan Bayaran Pampasan Dan Dalam Keadaan-Keadaan Tertentu Mendepositkannya Di Mahkamah Atau Amanah Raya Berhad Yang Mana Berkenaan Dalam Tempoh Genap Masa.
  3. Membantu Pejabat Tanah Daerah Mengeluarkan Hak Milik Sambungan (Jika Berkaitan) Melalui Permohonan Ukur Selepas Proses Pengambilan Tanah Selesai.
  4. Merujuk Kes-Kes Bantahan Ke Mahkamah Yang Dibuat Di Bawah Seksyen 37(1) (A) Hingga (D) Akta Pengambilan Tanah Dalam Tempoh Masa Yang Ditetapkan.
  5. Mewujud Dan Mempastikan Pengurusan Tanah Persekutuan Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Dinamik.
Piagam Pelanggan
  1. Mendaftar permohonan pengambilan tanah yang diterima dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  2. Menyediakan dan Mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima surat pengesahan penandaan atas tanah telah dibuat dan menyerahantar notis Borang E kepada orang yang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari Notis awam ditampal (15 hari notis 1 hari/1 Penghantar Notis).
  3. Mengadakan Siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Awam (Borang E)
  4. Menyediakan Award Pampasan Bertulis (Borang G) dihadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
  5. Menyediakan dan menghantar Notis Award dan Tawaran Pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
  6. Mengambil Milik Tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebih dari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I (Mengikut Mana Yang Berkenaan) dan mengemukakan salinannya kepada Pendaftar Hakmilik untuk Endosan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K.
  7. Membuat Pembayaran Pampasan kepada Pihak Yang Berkepentingan/ Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek/ bayaran (yang lengkap) diterima dari Agensi Pemohon atau Mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.
  8. Merujukkan bantahan ke Mahkamah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Borang N yang lengkap diterima.
  9. Mengemukakan Permintaan Ukur (PU) bagi pengambilan sebahagian tanah (Hakmilik Tetap) kepada Jabatan Ukur (JUPEM) dalam masa 2 minggu dari tarikh Endosan Borang K atau dari tarikh terima Sijil Ukur Percuma yang mana terkemudian
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 2788

Minggu Ini 6044

Bulan Ini 45202

Keseluruhan 9168431

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini