Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Assalamualaikum wbt dan Salam Hormat,
Tuan/Puan,
Berkenaan pembahagian pusaka kecil keluarga saya. Saya tidak mahu menuntut sebarang bahagian daripada rumah peninggalan arwah ibu saya. Adakah saya masih perlu hadir ke mahkamah sewaktu perbicaraan?
Terima kasih.
Askm,
Saya ingin membuat pertanyaan, semasa arwah isteri saya masa hidup kami telah membeli rumah dan nama pemilik adalah saya dan isteri, soalan saya sekiranya saya ingin menjual rumah tersebut setelah prosses pindah milik sepenuh nya selesai di jalan kan, ada kah mana2 pihak yang boleh menuntut, rumah tersebut masih ada baki pinjaman,
harap tuan/puan dapat membalas dan menerangkan pada saya dan biarlah ianya adil.
Yang Benar
Abd Rahman Yahaya
Cadangan wujukan QR Code bagi setiap laman supaya senang untuk dicapai mengunakan peranti mudah alih yang lain.
Saya ingin bertanyakan prosedur bagi permohonan pertukaran nama pada geran tanah kepada waris berkaitan dan juga tempoh masa urusan pertukaran itu dilakukan bermula dari tarikh permohonan dilakukan, tarikh perbicaraan sehingga selesai pertukaran tersebut.
Ayah saya seorang Kristian dan telah meninggal 7 tahun lepas. Saya telah memeluk Islam dengan izin ayah saya. Adakah saya mempunyai apa-apa hak sebagai anak kandung (walau berlainan agama) keatas pusaka ayah saya? Terima Kasih.
Saya ingin mendapat nasihat berkenaan procedure untuk menukar hakmilik kenderaan. Butir-butir lanjut adalah seperti dibawah Jenis kenderaan : Motosikal yang telah berumur lebih dari 30 tahun (tarikh pendaftaran 1983) Hak milik: arwah bapa saya yang telah meninggal pada tahun 2000
Buat pengetahuan pihak tuan, saya tidak mempunyai saudara lelaki di dalam keluarga. Oleh itu, saya ingin mendapatkan nasihat apakah cara terbaik bagi membolehkan pertukaran nama dilakukan . Saya mengalami masalah untuk memperbaharui Road Tax pada tahun ini atas alasan pemilik telah meninggal dunia lebih dari 5 tahun.
Anak saya berumur 2 tahun dan dia adalah salah seorg penama di dalam harta tak alih (rumah) arwah suami saya manakala saya sebagai pemegang amanah? Bolehkah harta tersebut dijual dan apakah prosedur yang perlu saya lalui...
Do I have to personally submit the Borang A at Pejabat Harta Pusaka Kecil?
Can I ask my sister-in-law to submit it on my behalf?
Saya sudah membuat pendaftaran utk pendaftaran online padi tadi. Sehingga kini saya masih belum mendapat url link untuk pengesahan
As salam dan salam sejahtera.
Terima kasih kerana sudi membaca emel ini. Saya dengan rasa rendah diri mohon kerjasama daripada tuan/puan menjawab pertanyaan ini.
Arwah datuk mempunyai 7 orang anak. Ayah saya merupakan anak keempat arwah.
Sekarang, bapa saudara sedang menguruskan pembahagian harta tak alih arwah datuk. Menurut bapa saudara, pembahagian itu akan dilakukan secara faraid.
Walau bagaimanapun, ayah saya telah meninggal dunia sejak 4 tahun lalu. Arwah ayah meninggalkan seorang isteri (ibu saya) dan dua orang anak perempuan yang sah taraf (kakak dan saya). Ini bermakna, ibu, kakak dan saya ialah pewaris yang sah untuk bahagian arwah ayah.
Soalannya, adakah kami (ibu, kakak dan saya) perlu memohon sijil faraid untuk urusan pembahagian harta itu?
Jika ya:
1. Di manakah permohononan sijil itu perlu dilakukan?
2. Apakah dokumen yang perlu dibawa jika ingin membuat permohonan?
Jika tidak:
1. Sila jelaskan sebab jika kami tidak perlu membuat pemohonan sijil faraid.
Sekian. Jasa baik tuan/puan saya ucapkan jutaan terima kasih.