header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Latar Belakang

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Sarawak pula telah ditubuhkan pada tahun 2000 berfungsi sebagai cawangan kepada Seksyen Harta Tanah Persekutuan (SHTP) dengan dikenali sebagai Unit Tanah Persekutuan Sarawak pada 1 Oktober 2000. Ianya kemudian ditutup pada Jun 2003 hingga 15 Mac 2004 akibat ketiadaan pegawai yang bertukar agensi. Jabatan ini kemudiannya beroperasi semula secara rasminya bermula pada 16 Mac 2004 sehingga ke hari ini. Mulai 1 Mac 2006, pejabat JKPTG Sarawak secara rasminya berpindah keluar daripada Wisma Bapa Malaysia dan telah menyewa secara persendirian di Samajaya Commercial Centre yang terletak di Tabuan Jaya, Kuching dan kemudiannya berpindah ke Jalan Wan Alwi.

Fungsi
  1. Menyelaras dan mematau kemajuan urusan permohonan tanah bagi projek Persekutuan di Sarawak.
  2.  Menyelaras dan memantau kemajuan urusan pembayaran pampasan /premium tanah untuk projek Persekutuan.
  3. Menyelaras dan memantau kemajuan urusan pemberian milik tanah kepada PTP.
  4.  Mewujudkan pusat rekod (Bank Tanah) bagi Tanah Kerajaan Negeri yang tertaluk kepada Seksyen 75 Akta Malaysia, Tanah Milik dan Tanah Rizab kegunaan Persekutuan di Sarawak.
  5.  Menyelaras dan memantau urusan pembayaran cukai tanah tahunan milik PTP serta membuat semakan cukai tanah dari masa ke semasa di Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian.
  6.  Menyelaras dan memantau urusan penyerahan tanah milik/rizab kegunaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sarawak.
  7.  Memberi khidmat nasihat dan panduan bagi urusan tanah selaku perantara di antara PTP, Jabatan Penguna dan Jabatan Tanah Dan Survei.
  8. Menghadiri mensuarat-mesyuarat berkaitan dengan urusan Tanah Persekutuan.
Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Mewujudkan Pemantauan dan Penyelarasan Tanah Persekutuan Yang Cekap Dan Bermutu Selaras Dengan Hasrat Pembangunan Negeri Dan Negara.
  2.  Meningkatkan Pemantauan Dan Penyelanggaraan Harta Tanah Persekutuan Agar Dapat Menyumbang Secara Maksima Kepada Pembangunan Negeri Dan Negara.
Piagam Pelanggan
  1. Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan Tanah supaya cekap dan bermutu di Seluruh Negara dengan Dasar Pembangunan Negara.
  2. Meningkatkan kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyrlesaian Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah, Penguatkuasaan dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan.
  3.  Menggerak dan Memimpin Usaha-usaha Pembaharuan dan Pentadbiran Tanah supaya dapat menyampaikan Perkhidmatan yang Cekap, Produktif dan Berkualiti.
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 2784

Minggu Ini 6040

Bulan Ini 45198

Keseluruhan 9168427

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini