header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang

JKPTG(P) Negeri Johor diwujudkan pada Disember 2005 melalui Waran Perjawatan bil. E77 tahun 2004 bertarikh November 2004. Walau bagaimanapun, kerja-kerja untuk mengesahkan tanah-tanah rizab atau milik Persekutuan telah dilaksanakan sejak tahun 1960-an lagi dengan pejabatnya menumpang di Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat. Ia diketuai oleh seorang Pegawai Petempatan Gred C10 (yang dikenali sebagai Settlement Officer) dan seorang Penarik Rantai Gred R11. Walaupun berpangkalan di Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat, ia bergerak secara menyeluruh di seluruh Negeri Johor untuk mengesan dan membuktikan sesuatu tapak adalah tanah rizab atau tanah milik Persekutuan.

Mulai 1 Januari 1976, pejabat ini berpangkalan pula di Pejabat Tanah Kluang untuk menjalankan tugas-tugas yang sama serta turut mendapat pertambahan perjawatan seorang Pegawai Petempatan (Kanan) Gred N5 pada 1 Mac 1993. Pejabat ini kemudian menyewa di Wisma Bunga, Jalan Lambak, Kluang, pada 28 Februari 1997. Pada 1 Mac 2001, JKPTG(P) Negeri Johor telah diwujudkan dan berpindah ke Bangunan Persekutuan Kluang dengan jumlah kakitangan seramai 8 orang berdasarkan 6 waran perjawatan dan 2 orang kakitangan kontrak (RMK9) pada 2007. Pada Oktober 2014 JKPTG Johor berpindah ke Bangunan KWSP, Johor Bahru dengan jumlah 7 orang kakitangan berdasarkan 7 waran perjawatan dengan penambahan Pembantu Kewangan Gred W19. JKPTG Johor terdiri daripada Unit Pentabiran dan Kewangan, Unit Tanah Persekutuan, Unit Teknologi Maklumat, Unit Pembahagian Pusaka Johor Bahru, Unit Pembahagian Pusaka Batu Pahat, Unit Pembahagian Pusaka Kluang, Unit Pembahagian Pusaka Muar dan Unit Pembahagian Pusaka Segamat.

Senarai Pengarah JKPTG (P) Johor

Bil. Nama Tahun
1  Tuan Haji Masika @ Mas Sophan b. Haji Yusoff  
2  Encik Azizi bin Mohamad Ali  05 Januari 2009
3  Encik Md Fuad bin Mohd Sherif  06 Julai 2009
4  Encik Muhammad Yazrin bin Yasin  14 Februari 2011
5  Encik Mohd. Rusydi Azfar bin Dato’ Haji Abdul Kadir  01 Februari 2014 
6  Puan Nurazlin binti Abu Talib  04 September 2015 - kini

 

Fungsi

1. Unit Harta Tanah Persekutuan

  • Menguruskan rekod tanah milik dan tanah rizab persekutuan.
  • Menguruskan penyelarasan rekod dan bil cukai tanah milik Persekutuan.
  • Menyediakan laporan bagi tujuan penyewaan tanah milik dan rizab Persekutuan, pelepasan / serah balik tanah dan lain-lain tugas untuk dikemukakan kepada Ibupejabat JKPTG(P) di Putrajaya.
  • Menguruskan proses permohonan pemberimilikan.
  • Membantu penguatkuasaan keatas pencerobohan tanah Persekutuan.
  • Membantu menguruskan permintaan ukur tanah AA / tanah rizab Persekutuan 166(4).
  • Memproses permohonan tukar guna tanah Persekutuan.

2. Unit Pembahagian Pusaka Kecil

  • Menguruskan permohonan baru pembahagian harta pusaka (Seksyen 8) borang A.
  • Menguruskan permohonan pemindahan bidang kuasa eksklusif.
  • Menguruskan penyediaan dan penyerahan notis pembicaraan.
  • Menguruskan pembicaraan, penyediaan dan penyerahan perintah.
  • Menguruskan permohonan Seksyen 17 yang berikut dibawah seksyen 17 (Borang P).
  • Menguruskan rayuan.
  • Menguruskan pertelingkahan kolateral.
  • Menguruskan rujukan kepada "Ruler of the state" atau Mahkamah Tinggi.
  • Menguruskan fail permohonan yang dipindahkan dari pentadbiran tanah daerah / jajahan lain.

3. Unit Pentadbiran dan Kewangan

  • Menguruskan urusan pentadbiran am Jabatan.
  • Menguruskan hal ehwal berkaitan perkhidmatan warga Jabatan.
  • Menguruskan Kewanagn Jabatan.
  • Menguruskan Aset Alih dan Tak Alih Kerajaan.
  • Menguruskan urusan stor.
  • Menguruskan Keselamatan rangkaian Jabatan
  • Mnguruskan latihan dan permohonan latihan untuk warga Jabatan.
  • Membantu pelaksanaan Mesyuarat Pengurusan Peringkat JKPTG Johor.
  • Menguruskan penyelenggaraan aset dan peralatan ICT.
  • Menjalankan aktiviti pemantauan dan Pengurusan keperluan dan kemudahan teknologi maklumat termasuk perkakasan, perisian, rangkaian dan infrastruktur IT di JKPTG Johor.
  • Pentadbir Sistem bagi semua Sistem yang terlibat dalam pengurusan JKPTG Johor.

 

Objektif, Misi dan Visi

      Objektif

  • Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan Tanah supaya Cekap dan Bermutu di Seluruh Negara selaras dengan Dasar Pembangunan Negara

  • Meningkatkan kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian Pusaka Kecil,dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan

  • Menggerakkan dan Memimpin usaha-usaha pembaharuan dalan pentadbiran tanah supaya dapat menyampaiakan perkhidmatan yang cekap, berkesan, produktif dan berkualiti

    Misi

  • Mewujudkan Pengurusan Tanah Negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Selaras dengan Dasar Pembangunan Negara

    Visi

  • Ke Arah Pengurusan Tanah Negara yang cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Piagam Pelanggan

Kami Kakitangan JKPTG berjanji :

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada setiap urusan yang ada kaitan dengan misi dan objektif jabatan.

Perkhidmatan tersebut akan diberi dengan penuh perasaan tanggungjawab dan komitmen mengikut nilai-nilai dan norma sejagat.

Memastikan anda sebagai pelanggan Ajabatan akan sentiasa diutamakan.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1486

Minggu Ini 4742

Bulan Ini 43900

Keseluruhan 9167129

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini