header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang
  1. Mula ditubuhkan pada bulan 4 tahun 1979 & dikenali dengan nama Unit Khas Bergerak (UKB).
  2. Pejabat pertama bertempat di Bangunan Syed Shabuddin, & berpindah ke rumah kedai 2 tingkat sebelum ditempatkan di Wisma Peladang pada tahun 1999 sehingga sekarang.
  3. Nama UKB ditukar ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) Pulau Pinang pada tahun 2000.
  4. JKPTG Pulau Pinang mula beroperasi dengan bilangan kakitangan seramai 16 orang & bilangannya meningkat sehingga 47 orang pada tahun 2008.
  5. Mempunyai 5 unit iaitu Unit Pengambilan Tanah, Unit Tanah Persekutuan / Akta Padi, Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Teknologi Maklumat dan Unit Pembahagian Pusaka
Fungsi

Fungsi Unit Pentadbiran Dan Kewangan

  1. Menerima waran peruntukan daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Ibu Pejabat dan menghantar waran tersebut ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia, cawangan Negeri melalui sistem e-SPKB.
  2. Melaksanakan dan mematuhi pengendalian tatacara sistem e-SPKB.
  3.  Mewujudkan dan mengemaskini maklumat penerima bayaran perseorangan/individu atau maklumat pembekal di dalam sistem e-SPKB.
  4.  Menerima, menyemak dan menyediakan baucer bayaran perjalanan kakitangan, bil-bil perbelanjaan jabatan dan panjar wang runcit.

Fungsi Unit Pengambilan Tanah

  1. Membantu pengeluaran hakmilik sambungan melalui Permohonan Ukur yang di  buat selepas proses pengambilan tanah selesai.
  2. Merujukkan ke Mahkamah kes – kes bantahan yang dibuat di bawah Seksyen 37(1) (a) – (d) Akta Pengambilan Tanah 1960.
  3. Mendapat Kelulusan Y.B. Menteri mengenai Pembatalan Kawasan Penempatan Berkelompok.
  4. Mendapatkan hakmilik daripada Pihak Berkuasa Negeri ke atas tanah yang dibuat pengambilan.
  5. Pengawasan ke atas penggunaan dan pencerobohan tanah rizab milik persekutuan.
  6. Mendapat tanah bagi maksud Persekutuan melalui proses pengambilan tanah.
  • Terima permohonan daripada Kementerian, Jabatan Persekutuan atau Agensi yang memohon
  • Laporan Tanah.
  • Menyediakan Kertas Pengesyoran Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
  • Warta.
  • Borang E & F.
  • Pembicaraan / Award Pampasan / Perintah.
  • Borang K.
  • Kemaskini Buku Rujukan 1/188

Fungsi Unit Tanah Persekutuan 

  1. Membuat pemantauan kemajuan pengurusan tanah persekutuan, pajakan dan pengambilan, penguatkuasaan dan kutipan hasil.
  2. Memastikan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Tanah meliputi aspek-aspek penyimpanan rekod yang lengkap dan kemaskini.
  3. Memastikan Harta Tanah Persekutuan dan kepentingannya diurus dengan cekap dan berkesan.
  4. Memastikan bahawa setiap permohonan ke Mahkamah adalah sempurna dan tidak melakukan apa-apa kesalahan yang akan melambatkan atau menyusahkan di pihak Mahkamah.

Fungsi Unit Teknologi Maklumat

  1. Menentukan kaedah penyelenggaraan perkakasan dan perisian dengan meneliti manual atau dokumentasi yang disediakan bersama perkakasan dan perisian.
  2. Menyediakan jadual penyelenggaraan berdasarkan perkakasan dan perisian. Kenalpasti skop dan jadual penyelenggaraan selaras dengan perjanjian kontrak.
  3. Menentukan konfigurasi rangkaian komputer yang digunakan.
  4. .Menyediakan buku log (aduan) bagi setiap aduan kerosakan yang diterima dari pengguna.
  5. Mendapatkan alat ganti dari pembekal.
  6. Menjalankan kerja-kerja peningkatan upaya komputer seperti menambah ingatan, Graphic Card dan lain-lain peralatan komputer.
  7. Melaksanakan pelarasan system berkaitan dengan sistem rangkaian (<em>Networking</em>).
  8. Memberi khidmat nasihat secara online apabila menerima aduan mengenai kerosakan kecil.
  9. Membuat laporan pelupusan untuk tujuan pelupusan kelengkapan IT yang rosak / tidak digunakan lagi.

Fungsi Unit Pembahagian Pusaka

  1. Menyelenggarakan semua kes pembahagian pusaka kecil yang bernilai tidak lebih daripada RM 2,000,000.00 di bawah Akta ( Pembahagian ) Harta Pusaka Kecil 1955, ( Akta 98 ).
  2. Menyelenggarakan semua kes permohonan terkemudian di bawah Seksyen 17 (Akta 98).
  3. Menyelenggarakan semua urusan Lelongan Awam selain daripada urusan tender antara waris – Seksyen 15 (c) dan (d) (Akta 98).
  4. Melaksanakan kehendak Seksyen 16 (3) dan (4) (Akta 98) - menguruskan wang diperolehi disimpan dengan Amanah Raya Berhad.
  5. Menguruskan tindakan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 29 Peraturan 10 Peraturan Pembahagian Pusaka kecil 1955.
  6. Menyiasat daftar – daftar hakmilik di Pejabat Tanah untuk menentukan pemilikan tanah yang tuan punya telah meninggal dunia sebagai memenuhi Seksyen 18 (Akta 98).
Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan Tanah Supaya Cekap dan Bermutu   di Seluruh Negara Selaras Dengan Dasar Pembangunan Negara.
  2. Meningkatkan Kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah, Penguatkuasaan dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan.
  3. Menggerak dan Memimpin Usaha-usaha Pembaharuan Dalam Pentadbiran Tanah Supaya dapat Menyampaikan Perkhidmatan Yang Cekap, Berkesan, Produktif dan Berkualiti.
Piagam Pelanggan
  1. Mendaftar permohonan pengambilan tanah yang diterima dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  2. Menyediakan dan mengeluarkan notis siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima surat pengesahan penandaan atas tanah telah dibuat dan menyerahantar Borang E kepada orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari notis awam ditampal (15 notis 1 hari / 1 penghantar notis)
  3. Mengadakan siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis awam (Borang E)Menyediakan award pampasan bertulis (Borang G) di hadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
  4. Menyediakan dan menghantar notis award dan tawaran pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
  5. Mengambil milik tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebih dari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I (mengikut mana yang berkenaan) dan mengemukakan salinannya kepada pendaftar hakmilik untuk endosan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K.
  6. Menunjukkan bantahan ke mahkamah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Borang N yang lengkap diterima.
  7.  Mengemukakan Permintaan Ukur (PU) bagi pengambilan sebahagian  tanah (hakmilik tetap) kepada Jabatan Ukur (JUPEM) dalam masa 2 minggu dari tarikh endosan Borang K atau dari tarikh terima Sijil Ukur Percuma yang mana terkemudian.

 

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1023

Minggu Ini 15951

Bulan Ini 55829

Keseluruhan 9250111

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini