header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang

Bahagian Pengurusan ICT Pentadbiran Tanah (BPICT) terbentuk selaras dengan penstrukturan semula tiga seksyen ICT di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian pada 1 Januari 2015. Tiga (3) seksyen tersebut adalah Seksyen Maklumat tanah, Seksyen Komputer Pentadbiran Tanah dan Pasukan Projek e-Tanah.

Fungsi

Fungsi utama bahagian ini adalah untuk menguruskan keperluan peralatan dan perisian komputer dengan lebih berkesan dan bersesuaian bagi keperluan semua bahagian. Dua unit telah dibentuk untuk memenuhi semua fungsinya. Fungsi-fungsinya adalah seperti berikut:

  • Mengawalselia portal Jabatan
  • Menyelenggara Pangkalan Data Jabatan
  • Mengawalselia serta membangunkan aplikasi Intranet Jabatan
  • Mengawasi Emel Jabatan
  • Memberi bantuan teknikal kepada semua seksyen
Objektif, Misi dan Visi

Objektif:

Untuk memodenkan kaedah pendaftaran hakmilik dan urusniaga tanah dan menjadikan prosedur pendaftaran lebih kos efektif dengan tidak mengabaikan keselamatannya dan meningkatkan kemudahan mengesan dan memperolehi maklumat tanah.

Perkhidmatan
  • Memberi perkhidmatan ICT yang cekap kepada Jabatan
  • Menjaga keselamatan ICT Jabatan
  • Membanteras perbuatan salah guna dan kecurian asset ICT jabatan serta menjamin peralatan berfungsi secara berterusan
  • Menyediakan backup dan recovery untuk pangkalan data dan memastikan ianya senang diterima dan mudah dicapai
  • Memastikan data-data adalah selamat dan hanya boleh dicapai oleh kakitangan yang sah sahaja
  • Mengawalselia dan memantau Emel Jabatan dengan serta merta dari sebarang ancaman
  • Bersedia memberi nasihat teknikal yang inovatif dan berkualiti secara langsung
  • Sentiasa mengkaji serta mengemaskini Laman Web Luaran dan Dalaman Jabatan

SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER

Pada tahun 1980, kabinet telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Sistem Maklumat Tanah , manakala Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah ditugaskan sebagai penyelaras Pelaksanaan Sistem Maklumat Tanah dengan melantik pakar runding The Central Board For Real Estate Data (CFD) dari Sweden. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian telah diberi tanggungjawab dalam projek ICT yang melibatkan pentadbiran tanah di peringkat negeri.

Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) adalah suatu sistem yang telah dibangunkan pada tahun 1990 oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK) dengan kerjasama Kerajaan Sweden. Projek SPTB telah bermula pada 1989 dan sebagai langkah utama projek perintis telah dimulakan. Pasukan Projek SPTB telah mengambil beberapa tindakan sebelum pelaksanaan projek perintis. Antara tindakan yang diambil adalah pindaan KTN iaitu penambahan Jadual ke-14 ,serta perolehan perkakasan dan perisian serta persediaan tapak. Projek Perintis (pilot) ini telah dilaksanakan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelaksanaan Sistem SPTB telah dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

Pelaksanaan SPTB Fasa 1 telah bermula pada tahun 1996-1998 dan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur. Manakala pelaksanaan Fasa 2 telah bermula pada permulaan tahun 2001 dan telah dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan. Kemudian aplikasi yang digunakan negeri-negeri Fasa 1 dipertingkatkan kepada aplikasi seperti di negeri-negeri Fasa 2 bagi memastikan keseragaman dan memudahkan untuk penyelanggaraan. Pelaksanaan naiktaraf SPTB Fasa 1 telah bermula pada tahun 2002.

Objektif penubuhan sistem SPTB ialah memodenkan kaedah pendaftaran hakmilik dan urusniaga tanah dan menjadikan prosedur pendaftaran lebih kos efektif dengan tidak mengabaikan keselamatan di samping memudahkan pengesanan maklumat tanah. Sistem ini melibatkan proses kerja secara manual dan berkomputer. Penambahbaikan dan naik taraf sistem akan dilaksanakan dari masa ke masa bagi memenuhi kehendak pengguna. Isu mengekalkan keselamatan sistem akan diambil kira dan memastikan semuanya mematuhi kehendak KTN. Pasukan Projek SPTB akan sentiasa menjalankan pemantauan dan penambahbaikan terhadap sistem mengikut permintaan negeri serta mengatasi isu pencerobohan sistem, pemalsuan title dan sebagainya. Bukan itu sahaja, penambahbaikan terhadap sistem dapat memastikan sistem berfungsi efektif dan data adalah terselamat.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 2429

Minggu Ini 5685

Bulan Ini 44843

Keseluruhan 9168072

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini