JKPTG Negeri Terengganu dahulunya dikenali sebagai Unit Khas Bergerak(UKB) yang ditubuhkan sebagai Bahagian yang penting dalam organisasi Jabatan Tanah Persekutuan yang dikawal dan diawasi secara langsung oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
Tiga Unit telah ditubuhkan pada April 1979 dan ketiga-tiga unit ini asalnya ditumpangkan di Pejabat Tanah Kuala Terengganu sehinggalah satu Unit dipindahkan ke Daerah Besut ekoran permintaan Kementerian Pertanian untuk menempatkan satu Unit Pengambilan Tanah di KETARA. Dua Unit yang lain kemudiannya berpindah ke Wisma MAIDAM mulai Julai 1992. Sehinggalah pada November 2003, selepas wujudnya JKPTG Negeri Terengganu, ia berpindah sekali lagi ke bangunan Kuala Terengganu Business Centre sehingga hari sekarang.
Sebagai penggerak utama pengurusan pentadbiran tanah meliputi :
- Permodenan pentadbiran tanah
- Peningkatan kepakaran tenaga kerja pentadbiran tanah
- Pakar runding pentadbiran tanah
- Pengurusan pusaka kecil
- Penguatkuasaan & hasil persekutuan tanah
- Memperkasakan modal insan melalui budaya pembelajaran berterusan.
- Menjadi pemangkin dan peneraju inovatif dalam pembaharuan pengurusan tanah.
- Mewujudkan perkongsian pintar antara agensi
Kami kakitangan UPT Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri berjanji seperti berikut :
- Mendaftar permohonan pengambilan tanah yang diterima dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
- Menyediakan dan Mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima surat pengesahan penandaan atas tanah telah dibuat dan menyerahantar Notis Borang E kepada orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari Notis Awam ditampal (15 notis 1 hari/ 1 Penghantar Notis).
- Mengadakan siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Awam (Borang E).
- Menyediakan Award Pampasan bertulis (Borang G) di hadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
- Menyediakan dan Menghantar Notis Award dan Tawaran Pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
- Mengambil Milik Tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebih dari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I (Mengikut Mana Yang Berkenaan) dan mengemukakan salinannya kepada Pendaftar Hakmilik untuk Endosan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K.
- Membuat Pembayaran Pampasan kepada Pihak Yang Berkepentingan / Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek/bayaran (yang lengkap) diterima dari Agensi Pemohon atau Mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.
- Menunjukkan bantahan ke Mahkamah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Borang N yang lengkap diterima.
- Mengemukakan Permintaan Ukur (PU) bagi pengambilan sebahagian tanah (Hakmilik Tetap) kepada Jabatan Ukur (JUPEM) dalam masa 2 minggu dari tarikh Endosan Borang K atau dari tarikh terima Sijil Ukur Percuma yang mana terkemudian.