header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang

JKPTG Negeri Perak ditubuhkan pada bulan 4 tahun 2000. Berpindah daripada Bangunan PTG Perak 2001 ke Tingkat 4, Bangunan KWSP, Jalan Greentown, 30450 Ipoh, Perak. JKPTG Negeri Perak mempunyai 4 lagi cawangan bagi Unit Pembahagian Pusaka Kecil selain di Ipoh sendiri iaitu di Parit Buntar, Taiping, Kuala Kangsar, Tapah. Jumlah kakitangan keseluruhan tidak termasuk unit pembahagian pusaka kecil ialah 44 orang.

Fungsi

1. Unit Pentadbiran & Kewangan

  • Mengurus kewangan dan akaun jabatan melalui eSPKB dan ePerolehan
  • Mengurus  pentadbiran dan pekhidmatan kakitangan
  • Menguruskan stor jabatan
  • Mengurus dan menyediakan kemudahan kenderaan kepada kakitangan

2. Unit Hartanah Persekutuan & Penguatkuasaan

  • Mengemaskini rekod tanah milik dan tanah rizab Persekutuan
  • Mengurus permohonan pemberimilikan dan perizapan  tanah untuk projek Persekutuan
  • Menyediakan laporan tanah bagi permohonan penyerahan balik / pelepasan / penyewaan tanah milik / rizab Kerajaan Persekutuan
  • Membuat permohonan ukur bagi tanah rizab yang belum ukur  dan tanah milik untuk mendapatkan hakmilik tetap
  • Memantau dan penguatkuasaan bagi tanah rizab dan milik Persekutuan

3. Unit Pengambilan Tanah

  • Memproses permohonan pengambilan tanah mengikut Akta PengambilanTanah 1960  bagi projek – projek Kerajaan Persekutuan
  • Membuat permohonan ukur selepas proses Pengambilan Tanah selesai
  • Merujuk kes-kes rayuan ke Mahkamah yang dibuat di bawah Seksyen 37(1)(a) - (d) Akta Pengambilan Tanah
  • Dalam keadaan tertentu mendeposit pampasan ke Mahkamah atau ke Amanah Raya Berhad

4. Unit Teknologi Maklumat

  • Memasang, menguji dan memantau penggunaan perkakasan komputer di semua unit di bawah JKPTG Perak termasuk di daerah
  • Menjaga dan memantau sistem e-JKPTG dan e–attendance
  • Menjaga dan memastikan keselamatan ICT dari aspek rangkaian
Objektif, Misi dan Visi
Objektif
  1. Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan Tanah supaya cekap dan bermutu di seluruh Negara selaras dengan Dasar Pembangunan Negara
  2. Meningkatkan kecekapan sistem operasi pengurusan Tanah Persekutuan , penyelesaian pembahagian pusaka, pengambilan tanah, penguatkuasaan dan kemajuan pengurusan dan perundangan
  3. Menggerak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan produktif
Piagam Pelanggan
  1. Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada setiap urusan yang ada kaitan dengan misi dan objektif jabatan
  2. Perkhidmatan tersebut akan diberi dengan penuh perasaan tanggungjawab dan komitmen mengikut nilai-nilai dan norma sejagat.
  3. .Kami akan memastikan anda sebagai pelanggan JKPTG akan sentiasa diutamakan.
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 2708

Minggu Ini 5964

Bulan Ini 45122

Keseluruhan 9168351

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini