header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Perutusan KP Baru2

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) berperanan menguruskan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan mengikut peruntukan di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 Perolehan Tanah Persekutuan adalah bagi melaksanakan projek-projek untuk faedah rakyat. Cara perolehan pula adalah melalui pembelian, perizapan, permohonan kepada Kerajaan Negeri, atau pengambilan tanah dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Sehingga kini, perolehan dan pengurusan tanah Persekutuan telah dapat dijalankan dengan baik melalui kerjasama daripada semua agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.

JKPTG juga berperanan dalam menerajui penambahbaikan pentadbiran tanah Negara. Usaha-usaha yang telah diambil untuk merealisasikan aspek ini meliputi penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi membantu penyelesaian tunggakan urusan tanah; penyelarasan undang-undang dan peraturan pengurusan tanah melalui pindaan Undang-undang Tanah; pengeluaran Pekeliling serta Garispanduan-garispanduan berkaitan; dan pengenalan penggunaan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan tanah di JKPTG Ibupejabat dan Negeri.

Kerjasama semua agensi pentadbiran tanah di setiap Negeri juga telah membantu bagi mencapai usaha ini. Ini telah diperkukuhkan lagi melalui sistem berkomputer yang telah diperkenalkan di mana tahap literasi dan pembudayaan ICT dikalangan anggota pentadbiran tanah telah meningkat.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan peranan JKPTG, dan mohon kerjasama lebih erat diberikan supaya peranan dapat dimainkan dengan lebih berkesan.

Laman Web JKPTG ini telah dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan pelanggan ( stakeholders ) yang terdiri daripada agensi kerajaan, agensi swasta dan rakyat meliputi warganegara dan bukan warganegara. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada golongan sasar ini bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan JKPTG. Segala pandangan dan teguran bagi penambahbaikan laman web ini mahupun pentadbiran tanah Negara adalah dialu-alukan dan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue