Fungsi
- Bertanggungjawab ke atas Kanun Tanah Negara termasuk cadangan pindaan khususnya bagi perkara-perkara di dalam division v dan division vi.
- Bertanggungjawab dalam urusan pindaan ke atas Enakmen Rizab Melayu, Akta Pelantar Benua.
- Menyedia dan menyelaras maklum balas mesyuarat Jemaah Menteri, Majlis Tanah Negara, Pengarah Tanah Malaysia.
- Urus setia mesyuarat teknikal pindaan Kanun Tanah Negara, Enakmen Rizab Melayu dan Akta Pelantar Benua.
- Menyelaras, menyemak, mengemaskini dan menyediakan pekeliling KPTG dan pekeliling kemajuan pengurusan yang berkaitan.
- Memberikan khidmat nasihat perundangan dan pentadbiran tanah kepada negeri-negeri yang dipertanggungjawabkan.
- Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap isu-isu dan masalah yang membabitkan perundangan dan pengurusan.
- Menyedia dan menyelaras jawapan kepada soalan-soalan Parlimen yang berkaitan.
- Menyelaras dan menjalankan audit pengurusan di pejabat-pejabat tanah bagi negeri Kelantan, Perak dan Melaka.
- Mengendalikan urusan lawatan dan taklimat kepada pelawat yang diterima oleh jabatan.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh KPTG / TKPTG.
Objektif, Misi dan Visi
Objektif:
Umum
- Mewujudkan pengurusan tanah yang moden di peringkat persekutuan dan negeri melalui perundangan dan sistem pengurusan yang terkini.
Operasi:
- Membantu mewujudkan sistem pengurusan tanah yang moden, cekap dan berkesan di peringkat negeri dan daerah.
- Mengkaji undang-undang tanah dan undang-undang yang berkaitan bagi tujuan penyelidikan ke atas dasar-dasar pembangunan dan undang-undang tanah dari semasa ke semasa.
- Menjalankan penyelidikan mengenai isu-isu semasa dalam pengurusan tanah dan seterusnya membuat perakuan-perakuan bagi menyelesaikan (meminda dan menggubal undang-undang).
- Meninggikan mutu pengurusan pejabat tanah ke taraf profesional.
Piagam Pelanggan
Memberi perkhidmatan yang terbaik, cepat dan tepat sepanjang masa.