header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) adalah salah satu Jabatan dalam organisasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semenjak tahun 1957, Jabatan ini telah dipindahkan beberapa kali daripada pelbagai Kementerian. Manakala Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL) ditubuhkan bagi membantu JKPTG mempercepatkan urusan pengambilan tanah supaya pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan tidak terjejas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. JKPTGWPKL mempunyai 2 unit iaitu Unit Pengambilan Tanah dan Unit Pusaka Kecil. Jumlah kakitangan yang bekerja dibawah JKPTGWPKL adalah seramai 31 orang didalam Unit Pengambilan Tanah dan 8 orang dibawah Unit Pusaka Kecil.

Fungsi
  1. Memproses permohonan pengambilan tanah sehingga tanah berkenaan dapat dimasuki secara sah.
  2. Memfailkan kes-kes bantahan ke Mahkamah daripada orang-orang yang berkepentingan yang tidak berpuashati terhadap perkara-perkara berikut:
  • Ukuran luas tanah yang diambil.
  • Amaun pampasan yang dibayar.
  • Orang-orang yang akan menerima pampasan.
  • Pembahagian pampasan.
  1. Menguruskan pembayaran wang pampasan kepada orang-orang yang berkepentingan atau mendepositkannya ke Mahkamah dalam keadaan- keadaan berikut:
  • Tiada orang yang kompeten untuk menerimanya.
  • Orang yang berhak tidak bersetuju untuk menerimanya.
  • Terdapat pertikaian dari segi hak ke atas orang yang akan menerima pampasan atau pembahagiannya.
  1. Menyediakan permohonan ukur bagi baki lot yang tidak terkena dengan pengambilan ke atas tanah-tanah yang dipegang di bawah Hakmilik Pendaftaran dan Hakmilik Pejabat Tanah supaya dapat dibuat pengukuran muktamad untuk tujuan pengeluaran hakmilik sambungan.
  2. Memproses permohonan untuk menduduki / menggunakan tanah secara sementara bagi tempoh yang tidak melebihi tiga (3) tahun.
  3. Menjalankan pemantauan bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Tanah-Tanah Persekutuan
Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Mempercepatkan proses permohonan pengambilan tanah yang dikemukakan oleh Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Negeri.
  2. Menjelaskan bayaran pampasan dan dalam keadaan-keadaan tertentu mendepositkannya di Mahkamah atau Amanah Raya Berhad yang mana berkenaan dalam tempoh genap masa.
  3. Membantu Pejabat Tanah mengeluarkan hakmilik sambungan (jika berkaitan) melalui permohonan ukur selepas proses Pengambilan Tanah selesai.
  4. Merujukkan kes-kes rayuan ke Mahkamah yang dibuat di bawah Seksyen 37(1)(a) hingga (d) Akta Pengambilan Tanah.
  5. Mewujud dan mempastikan pengurusan Harta Tanah Persekutuan dilaksanakan dengan yang cekap dan dinamik.
Piagam Pelanggan
  1. Mendaftar permohonan pengambilan tanah yang diterima dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  2.  Menyediakan dan Mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima surat pengesahan penandaan atas tanah telah dibuat dan menyerahantar notis Borang E kepada orang yang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari Notis awam ditampal (15 hari notis 1 hari/1 Penghantar Notis).
  3. Mengadakan Siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Awam (Borang E)
  4.  Menyediakan Award Pampasan Bertulis (Borang G) dihadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
  5. Menyediakan dan menghantar Notis Award dan Tawaran Pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
  6.  Mengambil Milik Tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebih dari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I Mengikut Mana Yang Berkenaan) dan mengemukakan salinannya kepada Pendaftar Hakmilik untuk Endosan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K.
  7.  Membuat Pembayaran Pampasan kepada Pihak Yang Berkepentingan/ Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek/ bayaran yang lengkap) diterima dari Agensi Pemohon atau Mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 2723

Minggu Ini 5979

Bulan Ini 45137

Keseluruhan 9168366

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini