header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Akta Pelantar Benua

Latar Belakang

  • Menurut seksyen 2, Akta Pelantar Benua (APB),1966 (Disemak 1972),‘Pelantar Benua’ ditakrifkan sebagai “dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri-Negeri, yang permukaannya terletak sedalam tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah permukaan laut, atau jika dalamnya air superjasen membolehkan eksploitasi sumber alam di kawasan tersebut, di mana-mana tempat yang lebih dalam”.
  • Di bawah seksyen 4(4) APB, kuasa meluluskan lesen untuk mengambil pasir di kawasan pelantar benua adalah terletak di bawah bidang kuasa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Apa yang dimaksudkan oleh takrif kawasan ‘pelantar benua’ ialah suatu kawasan di luar kawasan ‘territorial waters’ negeri-negeri.
  • Di bawah seksyen 4(2), Emergency Essential Powers Ordinance No 7 of 1969 (Pindaan) yang diwartakan sebagai P.U (A) 468/ 1969, bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966, ‘territorial waters’ tersebut ditakrifkan sebagai suatu perairan laut ‘adjacent to the coast not exceeding three nautical miles measured from the low water mark’. Ini bermakna kawasan yang di luar tiga batu nautika yang diukur dari tikas surut perbani (low water mark) adalah kawasan pelantar benua dan sehubungan dengan itu Y.B. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, menteri yang dipertanggungjawabkan mengenainya di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri, 1969  berkuasa di bawah seksyen 4(4) APB bagi mengeluarkan lesen untuk mengambil pasir di kawasan yang berkenaan.
  • Adalah menjadi budibicara mutlak Y.B. Menteri di bawah seksyen 4 (6) APB untuk menetapkan pemberian lesen dan seberapa banyak lesen boleh diberikan kepada orang atau syarikat yang sama.
  • Perkara 3 (2) dan (3) Warta Kerajaan P.U.(B) 365/1985, Pemberitahuan Pelantar Benua (Penetapan Borang dan Fee) menetapkan permohonan lesen menjelajah, mencarigali, menggerek, melombong atau menjalankan apa-apa operasi bagi mendapatkan galian dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua di bawah seksyen 4, APB; hendaklah diserah kepada dan diproses oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 997

Minggu Ini 4253

Bulan Ini 43411

Keseluruhan 9166640

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini