header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Latar Belakang
 

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor diwujudkan pada 1 Februari 2000. Sebelum itu ia dikenali sebagai Unit Khas Bergerak (UKB) yang mana berfungsi khusus bagi memproses pengambilan tanah untuk projek-projek Persekutuan. Manakala, Unit Pusaka berfungsi secara berasingan. UKB Selangor diwujudkan pada 1 April 1979 dan ditempatkan di Pejabat PTG Negeri. Terdapat dua unit iaitu UKB Shah Alam dan UKB Sabak Bernam dan Kuala Selangor sebelum ia ditukar menjadi JKPTG Negeri. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor terletak di Tingkat 10, Plaza Masalam Shah Alam setelah berpindah dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Mac 2003. Pada tahun 2010, Jabatan ini telah berpindah ke bangunan sendiri di Bandar Baru Klang.

Fungsi

1. Harta Tanah Persekutuan
 Mengumpul maklumat, menyelaras dan menyelia harta tanah persekutuan.

2. Pembahagian Pusaka
Memproses permohonan pembahagian pusaka kecil.

3. Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan
Menyedia laporan, menyelaras penguatkuasaan dan membantu menyelia kutipan hasil persekutuan.

4. Pengambilan Tanah
Memproses permohonan pengambilan tanah bagi maksud awam untuk agensi Persekutuan.

Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Ke arah pengurusan tanah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  2. Mewujudkan pengurusan tanah yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan dasar pembangunan negara.
  3. Meningkatkan sistem pengurusan dan perundangan tanah agar cekap dan bermutu di seluruh negara.
  4. Meningkatkan kecekapan pengurusan tanah persekutuan, pengambilan tanah, pembahagian pusaka dan kemajuan pengurusan dan perundangan serta penguatkuasaan.
Piagam Pelanggan

Kami kakitangan JKPTG berjanji :

  • ‘Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada setiap urusan yang ada kaitan dengan misi dan objektif Jabatan’
  • ‘Perkhidmatan tersebut akan diberi dengan penuh perasaan tanggungjawab dan komitmen mengikut nilai-nilai dan norma sejagat’
  • ‘Kami akan memastikan anda sebagai pelanggan JKPTG sentiasa diutamakan'
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1701

Minggu Ini 4957

Bulan Ini 44115

Keseluruhan 9167344

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini