header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Latar Belakang

Pada 1 Jun 1997 seorang Penolong Pegawai Tadbir N6 telah di tempatkan di Unit Harta Tanah Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sabah dan berpejabat di Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, Tingkat 6, Bangunan KWSP, Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun jumlah kakitangan untuk jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17 telah bertambah 1 orang pada 10 Januari 2003. Pada 12 November 2003, JKPTG Sabah telah diperuntukan ruang pejabat dengan keluasan 768 kaki persegi di Tingkat 2, Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu.Pada 15 Mac 2005, jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17 dan Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 telah diisi. Pada masa itu, jumlah kakitangan JKPTG Sabah cuma 4 orang sahaja. Pada 31 Julai 2005 jawatan Pengarah Gred M48 telah diisi dan sehingga kini JKPTG Sabah mempunyai seramai 8 orang kakitangan.

Fungsi

1.Fungsi Utama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sabah adalah :

  • Menyelaras dan memantau kemajuan permohonan tanah kerajaan yang dipohon milik dan pengambilan balik tanah oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan di Negeri Sabah sehingga dikeluarkan hakmilik serta mengemaskini senarai cukai tanah milik PTP.
  • Membuat lawatan pemeriksaan tapak tanah milik/rizab PTP dan menyediakan laporan bagi tujuan penguatkuasaan, penyewaan, pelepasan/serah-balik tanah kepada Kerajaan Negeri dan penyediaan kad tanah.
  • Mengendalikan urusan pentadbiran am, menghadiri dan menguruskan mesyuarat serta memberi khidmat nasihat dan taklimat mengenai pengurusan tanah Persekutuan.

2. Sabah dibahagi kepada 25 daerah pentadbiran dengan keluasan 73,619 km persegi. Berdasarkan kepada maklumat tanah dalam Sistem Maklumat Tanah Bersepadu terdapat 926 kes permohonan dan 1074 lot yang telah diluluskan yang mana 670 daripada lot tersebut telah dikeluarkan hakmilik selebihnya masih dalam bentuk geran deraf walaupun permohonan telah lama diluluskan. Ini adalah kerana geran deraf tersebut tidak dapat dikesan atau premium belum dibayar yang mengakibatkan geran deraf tidak dapat didaftar untuk menjadikannya geran asal atau hakmilik.
 
3. Masih banyak lagi tanah yang diduduki oleh agensi Persekutuan yang memerlukan tindakan permohonan dan terdapat laporan mengenai tanah-tanah Persekutuan yang telah dicerobohi yang perlu dilawati dan diambil tindakan. Keluasan Negeri Sabah dan Kemudahan perhubungan jalanraya untuk ke tapak yang terlibat tidak baik dan jauh menjadikan tugas penguatkuasaan begitu sukar.

Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 

Objektif Jabatan :
1. Mempertingkatkan Sistem  Pengurusan dan Perundangan tanah supaya cekap dan bermutu di seluruh Negara selaras dengan dasar pembangunan Negara.
2. Meningkatkan kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelarasan, Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah, Penguatkuasaan dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan.
3. Menggerak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, produktif dan berkualiti.

Objektif Unit :
1.Mewujudkan maklumat dan pengurusan Harta Tanah Persekutuan yang kemaskini dan berkesan.

Piagam Pelanggan

Dalam memberikan perkhidmatan terbaik, JKPTG telah menetapkan 3 piagam seperti berikut :

  • Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cemerlang kepada setiap urusan yang ada kaitan dengan misi dan objektif jabatan;
  • Perkhidmatan tersebut akan diberi dengan penuh perasaan tanggungjawab dan komitmen mengikut nilai-nilai dan norma sejagat; dan
  • Kami akan memastikan anda sebagai pelanggan JKPTG akan sentiasa diutamakan.
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 896

Minggu Ini 15824

Bulan Ini 55702

Keseluruhan 9249984

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini