- Bagaimana hendak SEWA?
- Pemohon perlu mengenal pasti rekod pemilikan tanah. Hanya TANAH MILIK Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang boleh disewa;
- Semakan boleh dibuat di Pejabat Tanah dan Galian Negeri/ Pejabat Tanah Daerah/ Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.
- Tempoh sewaan tanah PTP
- Sehingga tiga (3) tahun menurut Seksyen 223 KTN
- Borang yang perlu diisi
- Individu perlu daftar akaun Pengguna Awam MyLand di https://myland.gov.my/
- Memuatnaik semua dokumen yang diperlukan di ruangan yang disediakan
- Maklumat yang perlu disertakan bersama semasa permohonan penyewaan melalui MyLand
- (a) Individu
- i .Mesti berumur lebih 18 tahun;
- ii. Salinan Kad Pengenalan;
- iii. Carian Rasmi Hakmilik Tanah; dan
- iv. Pelan tanah.
- v. Pelan Pra Hitungan (sekiranya ada)
-
(b) Syarikat
- i. Syarikat yang berdaftar dengan SSM sahaja;
- ii. Sijil Pendaftaran Syarikat;
- iii. Borang 24, Akta Syarikat;
- iv. Borang 49, Akta Syarikat;
- v. Salinan Artikel M.A.A;
- vi. Salinan Undang-undang Tubuh / Kecil
- vii. Carian Rasmi Hakmilik Tanah; dan
- viii. Pelan Tanah
- ix. Pelan Pra Hitungan (sekiranya ada)
- Tempoh kelulusan
- 3 hingga 6 bulan – setelah ulasan diperoleh daripada pihak Jabatan Penilaian Kerajaan dan Kementerian / Jabatan Pengguna
- Tanggungjawab Penyewa
- Semak akaun MyLand dan menjawab Surat Setuju Terima (SST) dalam masa 14 hari dan memuat naik SST dalam MyLand;
- Membuat bayaran 3 bulan deposit sewa dan 1 bulan sewa bulan pertama di Ibu Pejabat JKPTG Putrajaya; dan
- Bagi Penyewa yang mendapat pengeculian bayaran 6 Bulan pertama – penyewa perlu mendapatkan kelulusan Perancangan dan Pelan Bangunan daripada pihak berkuasa Tempatan. Penyewa perlu menyimpan bukti penghantaran permohonan Perancangan dan Pelan Bangunan.
- Perjanjian
- Melengkapkan dan menandatangi perjanjian dalam masa 30 hari setelah selesai bayaran deposit
- Tamat SEWA
- Setelah tamat tempoh perjanjian; atau
- Penyewa melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian*; atau
- Kerajaan ingin guna kembali tanah tersebut*.
*Penyewa diberi masa 30 hari untuk mengosongkan tapak.
- Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut sila hubungi Pejabat JKPTG Negeri-Negeri yang berkenaan
- Alamat dan No telefon Pejabat JKPTG Negeri-Negeri boleh didapati di www.jkptg.gov.my.