header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang

Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan) (JKPTG) Kedah ditubuhkan pada tahun 2000. JKPTG Kedah beroperasi di Tingkat 2, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Star. Terdapat 4 unit yang diletakkan di bawah pengurusan JKPTG Kedah iaitu:

1. Unit Pengambilan Tanah (UPT)

Unit Pengambilan Tanah (UPT) telah diwujudkan di JKPTG Kedah pada bulan Februari 1998. Unit ini bertanggungjawab mengendalikan urusan Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960. Pada ketika itu, UPT diketuai oleh Penolong Pengarah, dua (2) orang Pegawai Petempatan Kanan, dua (2) orang Pegawai Petempatan Biasa, dua (2) orang Pembantu Tadbir, seorang (1) Pelukis Pelan, dua (2) orang Penghantar Notis, seorang (1) Pembantu Tadbir Rendah dan seorang (1) Pekerja Rendah Awam.

2. Unit Tanah Persekutuan (UTP)

Unit Tanah Persekutuan (UTP) JKPTG Kedah ditubuhkan pada bulan Julai 2001 dengan diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa Akta Penanam Padi sebagai Ketua Unit serta semua Penolong dan Pembantu Penguatkuasa Akta Penanam Padi Negeri Kedah seramai enam (6) orang dan dua (2) orang Penolong Pegawai Tanah serta seorang (1) Pelukis Pelan. Tugasan anggota UTP pada masa itu dibuat secara sambilan kerana semua anggotanya mempunyai tugas hakiki di unit masing-masing. Mulai tahun 2002 unit ini telah diperkemaskan lagi dengan mewujudkan satu jawatan Penolong Pengarah dan meletakkan seorang (1) Pembantu Penguatkuasa dan seorang (1) Penolong Pegawai Tanah yang bertugas secara tetap. Ia adalah bertujuan untuk menyelaras segala tugas dan arahan dari Seksyen Harta Tanah Persekutuan (SHTP) dan Seksyen Penguatkuasa & Hasil Persekutuan (SPHP) Ibu Pejabat. Anggota-anggota lain masih lagi kekal menjalankan tugas mengikut arahan dari masa ke semasa.
 

3. Unit Pembahagian Pusaka Kecil

Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil mula diwujudkan pada tahun 1974. Unit ini mula beroperasi di negeri Kedah pada tahun 1979 dengan dua (2) buah cawangan pada masa itu iaitu cawangan Kedah Tengah di Kuala Nerang dan cawangan Kedah Utara di Bangunan Koperasi Pegawai-pegawai Agama Negeri Kedah No. 1787-P, Jalan Teluk Wanjah, Alor Star, Kedah. Kedua-dua pejabat cawangan ini kemudiannya ditempatkan bersama pada tahun 1984 di Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja, Alor Star, Kedah dan pada tahun 1995, unit ini berpindah ke tingkat 2, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Star sehingga ke hari ini.
 

4. Unit Akta Penanam Padi (APP)

Unit Akta Penanam Padi (APP) telah ditubuhkan pada tahun 1970 mengikut Warta Kerajaan Bil.K.P.U 3/70 bertarikh 1 Januari 1970. Semasa penubuhannya unit ini ia dibahagikan kepada dua (2) cawangan utama iaitu cawangan Alor Star yang bertanggungjawab terhadap Daerah Kota Setar, Pendang, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala cawangan Jitra pula bertanggungjawab terhadap Daerah Kubang Pasu dan Langkawi. Bagi melaksanakan penguatkuasaan APP, unit-unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Penguatkuasa (A22) dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Penguatkuasa (C10). Walau bagaimanapun, pada tahun 1996 unit ini telah dirombak berikutan pemansuhan jawatan Pegawai Penguatkuasa (A22) serta perlantikan jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa (N6) dan Pembantu Penguatkuasa (N9).Pada masa ini,

 
Unit APP Alor Star diketuai oleh seorang (1) Penolong Pegawai Penguatkuasa (N6) dan unit ini bertanggungjawab terhadap Daerah Kota Setar, Pendang dan Padang Terap.
Unit APP Sungai Petani pula diketuai oleh seorang (1) Penolong Pegawai Penguatkuasa (N6) dan bertanggungjawab bagi Daerah Kuala Muda, Yan, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Unit APP Jitra diketuai oleh seorang (1) Penolong Pegawai Penguatkuasa (N6) dan bertanggungjawab untuk mengawal Daerah Kubang Pasu dan Langkawi.

Fungsi

1. Unit Pengambilan Tanah

Mengendalikan serta menyelaras proses pengambilan tanah di Negeri Kedah Darul Aman.

Mempastikan proses pengambilan tanah diurus mengikut:

  • Akta Pengambilan Tanah 1960.
  • Kaedah Pengambilan Tanah 1998.
  • Undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah.

2. Unit Tanah Persekutuan

  • Memantau, menasihat dan membantu dalam cadangan penyediaan tapak projek.
  • Memantau, menasihat dan membantu penyediaan permohonan tanah bagi tapak projek.
  • Memantau tindakan pembayaran kelulusan permohonan tanah dan bayaran cukai tanah.
  • Memantau dan membantu dalam menyediakan rekod tanah Persekutuan.
  • Mengenalpasti, menyelaras dan merancang penggunaan tanah secara optima.
  • Membantu menasihat jabatan Persekutuan mengenai isu-isu tanah

i.     Tukar kegunaan

ii.     Pelepasan

iii.     Penyewaan

iv.     Penguatkuasaan

  • Memantau dan mengawal tanah Persekutuan daripada diceroboh.

3. Unit Pembahagian Pusaka Kecil

  • Mengurus serta memproses permohonan pusaka kecil.
  • Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat tentang pentingnya mereka menyelesaikan harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.

4. Unit Akta Penanam Padi

  • Menjalankan siasatan penyelidikan bagi memastikan tuan tanah dan penyewa membuat surat perjanjian sewa mengikut Akta Penanam Padi 1967.
  • Menjalankan siasatan dari aduan tuan tanah/penyewa.
  • Menguatkuasakan perintah Pegawai Penyiasat dan Badan Pengadilan.
  • Membantu tuan tanah dan penyewa membuat surat perjanjian sewa, membuat permohonan kepada Pegawai Penyiasat dan urusan yang berkaitan dengan Akta Penanam Padi.
  • Khidmat nasihat bagi memastikan tuan tanah dan penyewa mematuhi Akta Penanam Padi.
Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Meningkatkan Kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian Pusaka Kecil, Pengambilan Tanah dan Penguatkuasaan Akta Penanaman Padi.
  2. Menggerak dan Memimpin Usaha-usaha Pembaharuan Dalam Pentadbiran Tanah Supaya Dapat Menyampaikan Perkhidmatan Yang Cekap, Berkesan, Produktif dan Berkualiti.
Piagam Pelanggan

1. Unit Pengambilan Tanah

  • Menjamin keadilan kepada pelanggan-pelanggan dalam mengendalikan urusan Pengambilan Tanah dan berusaha bagi memastikan supaya setiap proses mengikut undang-undang yang ditetapkan.
  • Menyelesaikan permohonan pengambilan tanah dalam tempoh 11 bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Menyelesaikan permohonan pengambilan tanah melalui Surat Perakuan Segera (Borang I) dalam tempoh 6 bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Mengeluarkan surat kuasa memasuki tanah (Borang B) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Menyediakan Permintaan Ukur (PU) dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Borang K dikeluarkan (tidak termasuk kes pengambilan tanah jajaran).
  • Membantu mempastikan pampasan dibayar atau didepositkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Borang H diserahkan.
  • Mengemukakan bantahan ke Mahkamah Tinggi (Borang D) dalam tempoh 3 bulan dari bantahan yang lengkap (Borang N) diterima.
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue