header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang

Bahagian Harta Tanah Persekutuan (BHTP) pada asalnya dikenali sebagai Seksyen Harta Tanah Persekutuan di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan telah ditubuhkan sejak tahun 1957. BHTP adalah sebagai unit teras (core unit) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi menjalankan fungsi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) selaras dengan kehendak Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 [Akta 349].

Fungsi
  • Menyimpan, menyelenggara dan mengemas kini rekod tanah milik dan tanah rizab Persekutuan
  • Menguruskan:
    1. permohonan pemberimilikan/perizaban tanah untuk projek Persekutuan bagi pihak Kementerian/Jabatan Persekutuan;
    2. pembayaran cukai Tanah Persekutuan;
    3. perolehan tanah dan bangunan melalui proses pembelian mengikut garis panduan sedia ada;
    4. pajakan tanah Persekutuan;
    5. peletakhakan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;
    6. perjanjian pajakan kecil bagi tanah/bangunan di Sabah dan Sarawak bagi Jabatan Persekutuan di Sabah dan Sarawak
    7. Mengendalikan urusan berkaitan dengan tanah bagi projek penswastaan Kerajaan Persekutuan;
    8. Bertindak sebagai Pemegang Gadaian dengan menyempurnakan surat -surat cara yang berkaitan dengan gadaian bagi pinjaman perumahan pegawai kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak, Skim Pinjaman Berpendapatan Rendah di Semenanjung Malaysia dan Pinjaman Koperasi;
    9. Memberikan khidmat nasihat kepada Kementerian/Jabatan Persekutuan berkaitan dengan urusan tanah Persekutuan.
Objektif, Misi dan Visi
  • Meningkatkan pengurusan dan penyelenggaraan harta tanah Persekutuan agar dapat menyumbang secara maksimum kepada pembangunan negara.
  • Mewujudkan pentadbiran tanah persekutuan yang cekap dan bermutu selaras dengan hasrat pembangunan negara.
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1847

Minggu Ini 5103

Bulan Ini 44261

Keseluruhan 9167490

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini