header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang
  1. Mula berfungsi sebagai Unit Khas Bergerak, Negeri Sembilan pada tahun  1979 dan ditempatkan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Sembilan.
     
  2. Mula beroperasi sebagai sebuah Jabatan Persekutuan di peringkat negeri mulai Februari 2000 dan dikenali sebagai Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Negeri Sembilan dengan diketuai oleh seorang Pengarah Gred M2.
     
  3. Skop dan fungsi JKPTG Negeri Sembilan meliputi aktiviti-aktiviti pengambilan tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan, pengurusan tanah Kerajaan Persekutuan termasuk tindakan penguatkuasaan dan juga pusaka kecil.
Fungsi

1.   Unit Pengambilan Tanah

Memproses, menyelaras  dan memastikan urusan pengambilan tanah diuruskan mengikut APT 1960, Kaedah Pengambilan Tanah 1998 dan undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan pentadbiran tanah
 

2.   Unit Tanah Persekutuan

Memastikan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Tanah meliputi aspek-aspek penyimpanan rekod yang lengkap dan kemaskini, pemantauan kemajuan pengurusan tanah Persekutuan, pajakan  dan pengambilan, penguatkuasaan  dan kutipan hasil.
 

3.   Unit Pentadbiran Dan Kewangan

Memberi khidmat sokongan urusan pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan.  Menyelaras hubungan antara Ibu Pejabat dan Unit-Unit Kecil di Negeri.
 

4.   Unit Pembahagian Harta Pusaka

Menguruskan Penyelesaian  Harta Pusaka Kecil.
 

5.   Unit Sistem Maklumat

Peranan Utama Unit Sistem Maklumat adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas pelaksanaan projek komputeriasasi di JKPTG.NS, memastikan semua keperluan dan kemudahan teknologi maklumat yang merangkumi perkakasan, perisian, rangkaian dan infrastruktur IT di JKPTG.NS diurus dan ditadbir secara tepat mengikut keperluan dan selamat bagi menyokong pencapaian objektif JKPTG.NS.

 

Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Mempertingkatkan Sistem Pengurusan Dan Perundangan Tanah Supaya Cekap Dan Bermutu Di Seluruh Negara Selaras Dengan Dasar Pembangunan Negara
  2. .Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah Dan Penguatkuasaan

Objektif Unit Pengambilan Tanah

Menguruskan permohonan pengambilan tanah dengan cekap dan teratur bagi memastikan:

1.Perlaksanaan projek tanah Persekutuan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
2.Hak semua pihak yang berkepentingan terjamin di sisi undang-undang.

Piagam Pelanggan

Kami Kakitangan UPT Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Berjanji seperti berikut :

 1.Memproses permohonan pengambilan tanah (sehingga pengeluaran Borang H) dalam tempoh 6 bulan dari tarikh terima permohonan yang lengkap oleh agensi pemohon.

2.Mengambil milik tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebih dari tarikh 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I (mengikut mana yang berkenaan) dan akan mengemukakan salinannya kepada Pendaftar Hakmilik untuk endosan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K.

3.Membuat pembayaran pampasan kepada pihak yang berkepentingan / Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek / bayaran (yang lengkap) diterima dari agensi pemohon atau mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.

4.Merujukkan bantahan ke mahkamah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Borang N yang lengkap diterima.

5.Mengemukakan permintaan ukur (PU) bagi pengambilan sebahagian tanah (Hakmilik Tetap) kepada Jabatan Ukur (JUPEM) dalam masa 2 minggu dari tarikh endosan Borang K dari tarikh terima Sijil Ukur Percuma (yang mana terkemudian).

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 2982

Minggu Ini 6238

Bulan Ini 45396

Keseluruhan 9168625

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini