header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1977

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pendaftaran Dokumen Hakmilik Tetap Bagi Tanah Pegangan Desa Di Kawasan Penempatan Berkelompok – Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran dokumen hakmilik tetap bagi tanah pegangan desa di kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1975

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Peringatan Gadaian Di Dalam Daftar Hakmilik bagi Tanah yang Dikenakan Bayaran Cukai Pusaka (Disemak 2009).
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah tentang cara-cara yang perlu diikuti apabila satu peringatan gadaian hendak dimasukkan dalam daftar hakmilik bagi tanah yang dikenakan bayaran cukai pusaka..

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1973

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pendaftaran Suratcara Pindahmilik Yang Dibuat Oleh Pemegang Amanah, Wakil Atau Pentadbir Harta Pusaka (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai implikasi peruntukan perenggan 303(d) Kanun Tanah Negara 1965 dalam perkara mendaftarkan suratcara pindahmilik oleh Pemegang Amanah, Wakil atau Pentadbir Harta Pusaka

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1991

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Syarat-syarat Pemberimilikan Tanah Yang Dikenakan Ke Atas Tanah-tanah Yang Dimajukan Oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat dan memberikan garis panduan kepada Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat-syarat pemberimilikan tanah yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimajukan oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2008

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Panduan Pelaksanaan Pelupusan Tanah Bawah Tanah Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai panduan pelaksanaan pelupusan tanah bawah tanah (disposal of underground land) menurut Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1994

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pelan Pra-Pengiraan (Pre-Computation Plan) (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh menyediakan pelan pra-pengiraan yang perlu dilampirkan bersama permohonan pecah sempadan tanah dan permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan perlunya kelulusan permohonan-permohonan itu diberi berdasarkan kepada pelan pra-pengiraan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1996

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Memberhentikan Amalan-amalan Membuat Penyelesaian, Memulangkan Permintaan Ukur Untuk Tujuan Pungutan Bayaran Ukur Tambahan Dan Memohon Borang-borang Hakmilik Selepas Tanah Selesai Di Ukur Dalam Proses Penyediaan Hakmilik Tetap
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai pemberhentian amalan-amalan membuat penyelesaian, memulangkan permintaan ukur untuk tujuan pungutan bayaran ukur tambahan dan memohon borang-borang hakmilik selepas tanah selesai diukur dalam proses penyediaan hakmilik tetap.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Bukti Kelayakan Syarikat Untuk Memiliki Tanah Di Bawah Perenggan 43(b) dan 43(d) Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai bukti kelayakan untuk memiliki tanah di bawah perenggan 43(b) dan 43(d) Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1998

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Menanggung Terus Cukai Tanah Tahun Pertama Kepada Akaun Hasil (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung pembayaran hasil cukai tanah tahun pertama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1999

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Garis Panduan Bagi Pembangunan Tanah Perkuburan Bukan Islam Secara Komersil Oleh Sektor Swasta
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menarik perhatian Pengarah-pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung dengan persetujuan Majlis Tanah Negara Ke 51 yang bersidang pada 16 November 1995 supaya pembangunan tanah untuk perkuburan orang bukan Islam secara komersil diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan menyeragamkan syarat-syarat kelulusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2007

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Garis Panduan Proses Permohonan Kelulusan Pemilikan Tanah (Hartanah – Unit Kediaman) Oleh Warganegara Asing Dan Syarikat Asing
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah bertujuan memberikan garis panduan terhadap proses permohonan kelulusan pemilikan tanah (hartanah – unit kediaman) oleh warganegara asing dan syarikat asing.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2003

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Tatacara Penggunaan Tanah Pertanian Bagi Tujuan Yang Tiada Berkaitan Dengan Pertanian (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai tatacara memproses permohonan untuk menggunakan tanah pertanian bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan pertanian.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2002

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Yang Diberi Milik Sebelum 1 Januari 1966 Iaitu Tarikh Kanun Tanah Negara Mula Berkuat Kuasa Dan Bagi Tanah Yang Diluluskan Pemberimilikan Sebelum 1 Januari 1966 Yang Didaftarkan Di Bawah Kanun Tanah Negara.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah untuk memperjelas dan menasihati Pendaftar Hak Milik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat penggunaan tanah bagi tanah desa, tanah bandar atau tanah pekan yang diberi milik sebelum 1 Januari 1966 termasuk tanah yang diluluskan pemberimilikan sebelum 1 Januari 1966 dan didaftarkan di bawah KTN, yang tidak mempunyai syarat kegunaan tanah sehingga ianya dikenakan syarat penggunaan menurut seksyen 54 KTN. Ini adalah bertujuan bagi mengelak kemungkinan berlakunya khilaf tafsiran dan pemahaman seksyen yang berkaitan mengenai penetapan syarat penggunaan tanah berkenaan mengikut seksyen 53(2) dan seksyen 53(3) KTN.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2008

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan kerajaan persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh kementerian dan jabatan persekutuan di negeri sarawak.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penarikan balik pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bil 1/2008 (penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil(sublease) tanah/ bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian dan Jabatan Perseku
  • Purpose of Circular:

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan memperluaskan pemakaian Kanun Tanah Negara ke Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuatkuasa 01 Januari 2010.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 45

This Week 3760

This Month 22340

Total 1134269

any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue