header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2007

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Garis Panduan Proses Permohonan Kelulusan Pemilikan Tanah (Hartanah – Unit Kediaman) Oleh Warganegara Asing Dan Syarikat Asing
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah bertujuan memberikan garis panduan terhadap proses permohonan kelulusan pemilikan tanah (hartanah – unit kediaman) oleh warganegara asing dan syarikat asing.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2003

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Tatacara Penggunaan Tanah Pertanian Bagi Tujuan Yang Tiada Berkaitan Dengan Pertanian (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai tatacara memproses permohonan untuk menggunakan tanah pertanian bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan pertanian.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2002

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Yang Diberi Milik Sebelum 1 Januari 1966 Iaitu Tarikh Kanun Tanah Negara Mula Berkuat Kuasa Dan Bagi Tanah Yang Diluluskan Pemberimilikan Sebelum 1 Januari 1966 Yang Didaftarkan Di Bawah Kanun Tanah Negara.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah untuk memperjelas dan menasihati Pendaftar Hak Milik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat penggunaan tanah bagi tanah desa, tanah bandar atau tanah pekan yang diberi milik sebelum 1 Januari 1966 termasuk tanah yang diluluskan pemberimilikan sebelum 1 Januari 1966 dan didaftarkan di bawah KTN, yang tidak mempunyai syarat kegunaan tanah sehingga ianya dikenakan syarat penggunaan menurut seksyen 54 KTN. Ini adalah bertujuan bagi mengelak kemungkinan berlakunya khilaf tafsiran dan pemahaman seksyen yang berkaitan mengenai penetapan syarat penggunaan tanah berkenaan mengikut seksyen 53(2) dan seksyen 53(3) KTN.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1999

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Garis Panduan Bagi Pembangunan Tanah Perkuburan Bukan Islam Secara Komersil Oleh Sektor Swasta
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menarik perhatian Pengarah-pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung dengan persetujuan Majlis Tanah Negara Ke 51 yang bersidang pada 16 November 1995 supaya pembangunan tanah untuk perkuburan orang bukan Islam secara komersil diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan menyeragamkan syarat-syarat kelulusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1998

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Menanggung Terus Cukai Tanah Tahun Pertama Kepada Akaun Hasil (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung pembayaran hasil cukai tanah tahun pertama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1996

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Memberhentikan Amalan-amalan Membuat Penyelesaian, Memulangkan Permintaan Ukur Untuk Tujuan Pungutan Bayaran Ukur Tambahan Dan Memohon Borang-borang Hakmilik Selepas Tanah Selesai Di Ukur Dalam Proses Penyediaan Hakmilik Tetap
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai pemberhentian amalan-amalan membuat penyelesaian, memulangkan permintaan ukur untuk tujuan pungutan bayaran ukur tambahan dan memohon borang-borang hakmilik selepas tanah selesai diukur dalam proses penyediaan hakmilik tetap.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1994

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pelan Pra-Pengiraan (Pre-Computation Plan) (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh menyediakan pelan pra-pengiraan yang perlu dilampirkan bersama permohonan pecah sempadan tanah dan permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan perlunya kelulusan permohonan-permohonan itu diberi berdasarkan kepada pelan pra-pengiraan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1991

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Syarat-syarat Pemberimilikan Tanah Yang Dikenakan Ke Atas Tanah-tanah Yang Dimajukan Oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat dan memberikan garis panduan kepada Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat-syarat pemberimilikan tanah yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimajukan oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1988

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Prosedur Bagi mendapatkan Pengesahan Dan Pengecualian Bayaran Ukur Bagi Rumah-rumah Kos Rendah Di Bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai prosedur urusan mendapatkan pengesahan dan seterusnya mendapatkan pengecualian bayaran ukur bagi projek-projek rumah kos rendah yang dilaksanakan oleh pihak swasta sama ada di atas tanah Kerajaan atau tanah persendirian di bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1981

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Masa Yang Betul Patut Dicatatkan Ke Dalam Surat Cara Urusan Dan Buku Perserahan (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah masa yang betul patut dicatatkan ke dalam suratcara urusan dan Buku Perserahan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1977

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pendaftaran Dokumen Hakmilik Tetap Bagi Tanah Pegangan Desa Di Kawasan Penempatan Berkelompok – Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran dokumen hakmilik tetap bagi tanah pegangan desa di kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1975

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Peringatan Gadaian Di Dalam Daftar Hakmilik bagi Tanah yang Dikenakan Bayaran Cukai Pusaka (Disemak 2009).
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah tentang cara-cara yang perlu diikuti apabila satu peringatan gadaian hendak dimasukkan dalam daftar hakmilik bagi tanah yang dikenakan bayaran cukai pusaka..

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2008

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan kerajaan persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh kementerian dan jabatan persekutuan di negeri sarawak.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penarikan balik pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bil 1/2008 (penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil(sublease) tanah/ bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian dan Jabatan Perseku
  • Tujuan Pekeliling:

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan memperluaskan pemakaian Kanun Tanah Negara ke Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuatkuasa 01 Januari 2010.

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2009

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 08 Oktober 2009
  • Tajuk Pekeliling: Pindaan kepada ‘Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 3 tahun 2008’
  • Tujuan Pekeliling:

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan pindaan kepada “Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2008’.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 2247

Minggu Ini 12104

Bulan Ini 34022

Keseluruhan 9228304

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini