header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Archive

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Files

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015

  • Date of Circular: Sunday, 01 March 2015
  • Title of Circular: Garis Panduan Penyenggaraan Data Rekod Tanah Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer ("SPTB")
  • Purpose of Circular:

    Garis Panduan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah dan Pegawai Teknikal dalam memastikan penyenggaraan data rekod tanah SPTB dibuat dengan berpandukan kepada tatacara yang betul di samping memastikan akses kepada data SPTB dapat dikawal dengan sebaiknya.

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013

  • Date of Circular: Thursday, 19 December 2013
  • Title of Circular: Pelaksanaan Secured Land Management System (SELAMAT) di Pentadbiran Tanah
  • Purpose of Circular:

    Arahan ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah untuk menyelaraskan penggunaan Aplikasi SELAMAT yang mengandungi modul.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2008

  • Date of Circular: Wednesday, 28 May 2008
  • Title of Circular: Mesej dari mesyuarat khas KSU/PTG pada 28 februari 2008
  • Purpose of Circular:

    Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah Negeri mengenai beberapa mesej yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSU NRE) kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG Negeri) semasa Mesyuarat Khas KSU NRE dengan PTG Negeri pada 28 Februari 2008 yang lalu bertempat di Bilik Mutiara, Aras 13, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,Wisma Sumber Asli, di Putrajaya.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2008

  • Date of Circular: Thursday, 01 May 2008
  • Title of Circular: Pematuhan keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara mengenai dasar pemberimilikan tanah dalam kampong kampung baru.
  • Purpose of Circular:

    Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke 36 dan Ke 37 masing-masing pada 23 Mac 1983 dan 30 Januari 1984 semasa membincangkan cadangan pindaan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN), 1965 supaya dimansuhkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri memberimilik tanah secara pegangan kekal (in perpetuity), telah memutuskan bahawa pelupusan tanah kerajaan secara pegangan kekal di bawah Seksyen 76 KTN hendaklah dikekalkan hanyalah dalam keadaan-keadaan tertentu seperti sekiranya tanah persendirian berpegangan kekal telah diambilbalik tetapi tidak diperlukan lagi oleh kerajaan maka tanah tersebut boleh diberimilik semula kepada pemilik asal secara pegangan kekal.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2008

  • Date of Circular: Thursday, 01 May 2008
  • Title of Circular: Pematuhan kehendak Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan permohonan perolehan tanah-tanah Kerajaan untuk projek Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
  • Purpose of Circular:

    Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah mengenai kehendak Perkara 83 dan 85 Perlembagaan Persekutuan yang hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan-kerajaan Negeri semasa menimbangkan perrmohonan pengambilanbalik tanah, pemberimilikan tanah dan perizapan tanah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2008

  • Date of Circular: Thursday, 01 May 2008
  • Title of Circular: Penubuhan jawatankuasa teknikal bersama Pentadbiran Tanah dan Polis Di Raja Malaysia dalam menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.
  • Purpose of Circular:

    Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama Pentadbiran Tanah (PT) – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di peringkat negeri-negeri bagi menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2008

  • Date of Circular: Thursday, 01 May 2008
  • Title of Circular: Kesahihan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan pendaftaran
  • Purpose of Circular:
    1. Edaran khas ini dikeluarkan untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan di kaunter pentadbiran tanah.
    2. Ianya bersifat pentadbiran, yang menggariskan penggunaan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi tujuan perserahan.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2008

  • Date of Circular: Wednesday, 27 February 2008
  • Title of Circular: Usaha-usaha penambahbaikan bagi menggalakkan pemilik-pemilik tanah menjelaskan cukai tanah.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2008

  • Date of Circular: Wednesday, 27 February 2008
  • Title of Circular: Permohonan Perizapan Tanah Kerajaan bagi maksud sistem perkhidmatan pembetungan
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 92

This Week 12688

This Month 52566

Total 9246848

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here