Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini bertujuan menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai bidang kuasa mereka ke atas perserahan pindahmilik dan urusan lain (dealings) yang dikemukakan tanpa disertakan dengan dokumen hakmilik keluaran (sama ada dokumen hakmilik yang dikeluarkan di bawah Kanun Tanah Negara atau undangundang tanah terdahulu (dikenali sebagai DHK), dokumen hakmilik di bawah Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer menurut Jadual Keempat Belas (dikenali sebagai DHKK) atau dokumen hakmilik yang dikeluarkan di bawah Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik menurut Jadual Keenam Belas (dikenali sebagai DHKe) dalam kes pemilikan bersama.