Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai sekatan berkenaan perolehan tanah oleh bukan warganegara atau syarikat asing dan kaedah untuk menguruskan permohonan serta perkara lain yang berhubung dengannya.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan dokumentasi sebagai kutipan cukai tertunggak bagi syarikat yang digulung atau dibubarkan.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan dokumentasi sebagai tatacara pengurusan permohonan pengubahan kategori, syarat nyata atau sekatan kepentingan di bawah seksyen 124 kanun tanah negara [Akta 828].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan dokumentasi sebagai garis panduan pendaftaran, pelepasan, penghapusan dan pembatalan isemen.
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai permohonan pelanjutan tempoh pegangan bagi hakmilik berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim serta hakmilik sementara yang bersamaan dengannya yang dikeluarkan bagi pegangan bertempoh, di samping tindakan yang perlu diambil oleh Pendaftar hakmilik dan Pentadbir Tanah ke atas hakmilik yang terlibat.
Pekeliling ini bertujuan menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai bidang kuasa mereka ke atas perserahan pindahmilik dan urusan lain (dealings) yang dikemukakan tanpa disertakan dengan dokumen hakmilik keluaran (sama ada dokumen hakmilik yang dikeluarkan di bawah Kanun Tanah Negara atau undangundang tanah terdahulu (dikenali sebagai DHK), dokumen hakmilik di bawah Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer menurut Jadual Keempat Belas (dikenali sebagai DHKK) atau dokumen hakmilik yang dikeluarkan di bawah Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik menurut Jadual Keenam Belas (dikenali sebagai DHKe) dalam kes pemilikan bersama.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan dokumentasi sebagai bukti kelayakan syarikat untuk memiliki tanah menurut subseksyen 43(b) Kanun Tanah Negara [Akta 828].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan surat cara melibatkan pertubuhan.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah berkenaan keperluan pusat-pusat trigonometri.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah berkenaan keperluan penyediaan pelan tanah bagi pendaftaran dokumen hakmilik sementara dan keperluan permintaan ukur (PU) setelah pemberimilikan tanah diluluskan.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tatacara perizaban dan pewartaan tanah rizab Kerajaan bagi maksud awam yang dibangunkan pelbagai infrastruktur berlapis di atas tanah berkenaan.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar mengenai tatacara memproses permohonan untuk menggunakan tanah kategori bangunan dan industri bagi tujuan selain kategori atau syarat bangunan dan industri.
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan kepada pentadbiran tanah negeri dan Wilayah Persekutuan mengenai penambahbaikkan tatacara perizaban tanah Kerajaan untuk maksud awam di bawah seksyen 62 Akta 828.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tatacara pengambilan tanah di dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung tindakan pendaftaran dokumen hak milik muktamad bagi tanah pegangan luar bandar dalam kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4, 5 dan 6 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].