Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pemilik tanah/pemaju bagi mengemukakan permohonan hakmilik strata iaitu:
a. memastikan syarat-syarat memohon hakmilik strata seperti syarat-syarat bangunan, tanah dan syarat asas yang lain yang ditetapkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dipatuhi;
b. menyelesaikan perkara-perkara berkaitan tanah dan bangunan contohnya pelepasan gadaian atau penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik tetap;
c. membuat permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) Negeri untuk kelulusan unit syer dan memfailkan Jadual Petak kepada Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Building - COB);
d. mengemukakan permohonan Sijil Cadangan Pelan Strata (Certificate of Proposed Strata Plan - CPSP) kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri; dan
e. menentukan jenis permohonan strata sama ada di dalam kategori permohonan pecah bahagi bangunan, pecah bahagi bangunan dan tanah atau pecah bahagi tanah. Seterusnya mengemukakan permohonan hakmilik strata beserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri.