header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • Pengguna: Muadzah binti Saad
  • Tarikh: Tuesday, 02 February 2016
  • Jenis: Pertanyaan

Saya ingin mendapat nasihat berkenaan procedure untuk menukar hakmilik kenderaan. Butir-butir lanjut adalah seperti dibawah Jenis kenderaan : Motosikal yang telah berumur lebih dari 30 tahun (tarikh pendaftaran 1983) Hak milik: arwah bapa saya yang telah meninggal pada tahun 2000

Buat pengetahuan pihak tuan, saya tidak mempunyai saudara lelaki  di dalam keluarga. Oleh itu, saya ingin mendapatkan nasihat apakah cara terbaik bagi membolehkan pertukaran nama dilakukan . Saya mengalami masalah untuk memperbaharui Road Tax pada tahun ini atas alasan pemilik telah meninggal dunia lebih dari 5 tahun.

Maklum Balas / Tindakan

Dengan segala hormatnya email pertanyaan puan dirujuk.

2.      Adalah dimaklumkan syarat wajib untuk membuat  permohonan pembahagian harta pusaka kecil,  simati (arwah) mestilah memilikki harta tak alih seperti tanah/rumah/kepentingan atas tanah. Jika ada, permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat atas segala harta pusaka simati termasuk motosikal tersebut. Sekiranya simati tidak memilikki harta tak alih maka permohonan hendaklah dibuat melalui Amanah Raya Berhad. Untuk kemudahan pihak puan bersama-sama ini dilampirkan panduan serta borang permohonan harta pusaka kecil. Untuk keterangan lanjut pihak puan boleh hubungi kami atau hadir mendapatkan khidmat nasihat di Unit Pembahagian Pusaka yang berhampiran.

Sekian, terima kasih.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 113

This Week 15318

This Month 37236

Total 9231518

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here