Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Saya ingin mendapat nasihat berkenaan procedure untuk menukar hakmilik kenderaan. Butir-butir lanjut adalah seperti dibawah Jenis kenderaan : Motosikal yang telah berumur lebih dari 30 tahun (tarikh pendaftaran 1983) Hak milik: arwah bapa saya yang telah meninggal pada tahun 2000
Buat pengetahuan pihak tuan, saya tidak mempunyai saudara lelaki di dalam keluarga. Oleh itu, saya ingin mendapatkan nasihat apakah cara terbaik bagi membolehkan pertukaran nama dilakukan . Saya mengalami masalah untuk memperbaharui Road Tax pada tahun ini atas alasan pemilik telah meninggal dunia lebih dari 5 tahun.
Dengan segala hormatnya email pertanyaan puan dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan syarat wajib untuk membuat permohonan pembahagian harta pusaka kecil, simati (arwah) mestilah memilikki harta tak alih seperti tanah/rumah/kepentingan atas tanah. Jika ada, permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat atas segala harta pusaka simati termasuk motosikal tersebut. Sekiranya simati tidak memilikki harta tak alih maka permohonan hendaklah dibuat melalui Amanah Raya Berhad. Untuk kemudahan pihak puan bersama-sama ini dilampirkan panduan serta borang permohonan harta pusaka kecil. Untuk keterangan lanjut pihak puan boleh hubungi kami atau hadir mendapatkan khidmat nasihat di Unit Pembahagian Pusaka yang berhampiran.
Sekian, terima kasih.