Kelab Kebajikan, Sosial dan Sukan (KEKASS) dengan kerjasama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) akan menganjurkan Seminar Teach In Pengambilan Tanah 2017 yang bertemakan Ke Arah Merealisasikan Dimensi Baharu Pengambilan Tanah Pasca Pindaan 2016. Teach In ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 10 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Hotel Bangi - Putrajaya
Objektif penganjuran Teach In Pengambilan Tanah 2017 ini adalah untuk:
i) memberi pendedahan signifikan kepada semua stakeholder berkaitan dengan pindaan terkini undang-undang pengambilan tanah;
ii) menerangkan halatuju baharu pengambilan tanah untuk pembangunan Negara ke arah TN50
iii) mengenalpasti do's and don'ts dalam urusan pengambilan tanah; dan
iv) mengenal pasti isu dan masalah semasa dalam pelaksanaan pengambilan tanah
Yuran bayaran boleh dibuat secara tunai, bank draf, cek berpalang dan juga pesanan tempatan. Kadar yuran bayaran Teach In Pengambilan Tanah 2017 adalah seperti berikut:
RM 350.00 seorang (Agensi Swasta)
RM 300.00 seorang (Agensi Kerajaan)
RM150.00 seorang (Pelajar)
Dibayar atas nama:
Kelab Kebajikan Sosial dan Sukan JKPTG
(Bank Muamalat - No. akaun : 16 010 000 338 714)
Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan mengisi borang pengesahan kehadiran seperti di lampiran sebelum atau pada 5 Oktober 2017 (Khamis) bagi tujuan pengesahan tempat. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui telefon atau emel kepada pegawai berikut :
i) Puan Mariana binti Man (03-8871 2664/019-4530 657) emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ii) Puan Wan Izyan binti Wan Yusof (03-8871 2808/012-9476 920) emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lampiran :