YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI TEACH IN - URBAN PLANNING OF STRATA DEVELOPMENT
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab KEKASS akan menganjurkan Teach In – Urban Planning Of Strata Development seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19 September 2019 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Hotel Palm Garden IOI Resort, Putrajaya
- Sehubungan dengan itu, Kelab KEKASS dengan berbesar hati menjemput kementerian/jabatan/agensi YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, untuk menghadiri seminar tersebut. Yuran penyertaan yang dikenakan adalah seperti berikut :
Yuran Pendaftaran (seorang) |
|
Awam |
RM 350.00 |
Swasta |
RM400.00 |
Dibayar atas nama
Kelab Kebajikan Sosial dan Sukan JKPTG
(Bank Muamalat – No Akaun : 16 010 000 338 714)
4. Butiran lanjut mengenai Teach In dan borang pendaftaran adalah seperti di brosur yang dilampirkan. Pendaftaran Online boleh dibuat terus di http://bit.do/SPMH . Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada pihak urusetia sebelum atau pada 12 September 2019 (Khamis). Bersama-sama ini dilampirkan juga tentatif Sesi Teach In untuk YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk rujukan
5. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus atau emel kepada pegawai berikut:
(i) Encik Firdaus bin Abd Wahad, Tel: 03-88712654/0134143077 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(ii) Puan Mariana Binti Man, Tel: 03-88712664/0194530657 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
6. Kerjasama dan penyertaan pihak YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan ke Sesi Teach In ini adalah amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Salam hormat.