Hebahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Klang, Selangor yang berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam 9 Oktober 2020. Sehubungan itu, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri Selangor (Klang) akan menutup operasi sementara waktu hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Walau bagaimanapun, bagi Unit Pusaka Kecil yang berada selain di daerah Klang akan tetap beroperasi seperti biasa.