header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Isu mengenai pembelian baju korporat Jabatan telah dibangkitkan melalui emel pada 31 Julai 2020 dan 6 Ogos 2020 dan isu ini juga turut dibangkitkan dalam Mesyuarat MBJ Bil.2/2020 pada 27 Ogos 2020.

Pihak BKP telah memberikan penjelasan yang sewajarnya mengenai perkara ini melalui emel pada 11 September 2020 berdasarkan kepada pekeliling berkaitan:

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990 – Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam. Kelayakan sebagaimana di Perenggan 2.1(a) hingga 2.1(c) bagi maksud lambang kuasa, perlindungan dan keselamatan diri serta kebersihan dan rupa.
  2. Pekeliling Perbendaharaan/ WP2.3 – Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan Dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam, Perenggan 2.1 dan Perenggan 7.1.4.
  3. Pekeliling Perbendaharaan/ PB3.1 – Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan, Perenggan 3.10.1.4, iaitu pemberian pakaian percuma kepada peserta/ pengunjung bagi setiap acara/ majlis/ keraian rasmi adalah tidak digalakkan.
  4. Surat Edaran Kementerian Kewangan KK/BP/DS10/859/645 Jld.20(SK.6/2012) (47) bertarikh 7 Disember 2012 - Kelulusan Berbelanja Untuk Meluluskan Pembelian Pakaian Selain Daripada Pakaian Seragam Di Bawah Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2011 yang bersetuju menurunkan kuasa kepada Pegawai Pengawal untuk menimbang dan meluluskan permohonan pembelian pakaian selain daripada maksud pakaian seragam dan memastikan keutamaan kepada program yang benar-benar memberi manfaat kepada Jabatan.

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, KeTSA turut menyatakan bahawa setakat ini, tiada satu pekeliling yang dikeluarkan khusus mengenai penyediaan baju korporat. Sebarang keperluan penyediaan baju korporat yang menggunakan peruntukan Kerajaan hendaklah mematuhi syarat-syarat di Perkara (a) dan (b) di atas. Selain itu, selaras dengan semangat (spirit) penyediaan anggaran perbelanjaan tahunan, sewajarnya hanya perbelanjaan yang dimohon kepada dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan semasa permohonan perbelanjaan tahunan sahaja yang boleh dibelanjakan oleh Agensi bergantung kepada kelulusan Ketua Jabatan.

BKP akan mengangkat cadangan perolehan baju korporat menggunakan peruntukan Jabatan dalam perancangan Jabatan pada tahun 2021 tertakluk kepada persetujuan pihak Pengurusan Atasan.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 100

Minggu Ini 15305

Bulan Ini 37223

Keseluruhan 9231505

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini