Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Seperti yang tuan/ puan sedia maklum, penularan varian Omicron sudah bermula di negara ini dan varian tersebut menyebabkan jangkitan kes COVID-19 semakin meningkat. Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga dalam melaksanakan sesuatu mesyuarat/ program/ majlis rasmi Jabatan, Bahagian/ Negeri yang bertanggungjawab sebagai urus setia dinasihatkan supaya meletakkan klausa peringatan berkaitan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri dalam surat/memo/ emel jemputan kepada semua pegawai yang akan hadir ke mesyuarat/ program/ majlis rasmi tersebut seperti berikut:
“Tuan/ puan adalah diwajibkan untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri dalam tempoh 24 jam sebelum mesyuarat/ program/ majlis rasmi bermula dan keputusan ujian tersebut perlu dimaklumkan kepada urus setia mesyuarat/ program/ majlis rasmi sebagai pengesahan.”
- Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang terlibat perlu membuat ujian pengesanan secara kendiri sebagaimana yang diarahkan oleh pihak urus setia sebelum sesuatu mesyuarat/ program/ majlis bermula. Walau bagaimanapun, pihak urus setia adalah dibenarkan untuk mendapatkan kit ujian pantas (RTK) Antigen daripada Unit Pentadbiran dan Keselamatan, BKP atau di Unit Pentadbiran, JKPTG Negeri masing-masing sebagai persediaan awal sekiranya terdapat pegawai yang tidak membuat ujian pengesanan seperti yang diarahkan. Urus setia mesyuarat/ program/ majlis perlu mengisi Borang Permohonan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen seperti di Lampiran A dan perlu merekodkan penggunaan kit ujian tersebut menggunakan borang di Lampiran B yang disertakan bersama-sama emel ini.
- Untuk makluman tuan/ puan, kit ujian pantas (RTK) Antigen tersebut hanya disediakan untuk situasi-situasi seperti berikut:
a) Mesyuarat/ program/ majlis rasmi Jabatan yang melibatkan pegawai- pegawai daripada agensi luar;
b) Pegawai JKPTG yang diarahkan untuk menghadiri mesyuarat/ program/ majlis rasmi anjuran agensi luar; dan
c) Sekiranya pegawai dikenalpasti sebagai kontak rapat semasa berada di pejabat.
Borang Permohonan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen bole dimuat turun disini.