header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Pusat Kajian Sumber Air & Perubahan Iklim (PKSA) telah mengemukakan kertas penyertaan dibawah kategori E-Environment di World Summit On The Information Society (WSIS) Prizes 2018 melalui produk inovasi Big Data -Malaysia Climate Change Knowledge Portal (N-HyDAA). N-HyDAA merupakan platform analisis data dan maklumat data hidroiklim bagi tujuan penilaian dan pelan perancangan adaptasi serta mitigasi berkaitan dengan perubahan iklim di Malaysia.
 
WSIS Prizes 2018 adalah satu inisiatif bagi memantau pelaksanaan dan pencapaian terkini projek-projek ICT di seluruh dunia dan merupakan platform terbaik kepada semua pemegang kepentingan mempamerkan kejayaan dalam perkembangan ICT yang boleh diambil sebagai panduan dan perkongsian pengalaman dalam mencapai matlamat WSIS melalui 11 WSIS Action Lines. Melalui lebih 600 permohonan projek yang diterima oleh penganjur, NAHRIM telah disenarai pendek dan dicalonkan untuk dipilih sebagai pemenang untuk anugerah tersebut di bawah Kategori 12: E-Environment. Pemilihan pemenang secara muktamadnya akan melibatkan orang ramai daripada pelbagai peringkat, agensi dan entiti melalui proses pengundian (voting) di laman sesawang yang disediakan penganjur sebelum dinilaikan pada fasa akhir oleh Expert Group WSIS Prize 2018. Oleh yang demikian, NAHRIM mengalu-alukan orang ramai menjalankan proses pengundian di laman sesawang https://www.itu.int/net4/wsis/prizes/2018/. Bersama-sama ini disertakan Panduan Pengundian dalam Talian untuk tujuan tersebut. Tempoh pengundian adalah bermula dari 29 Januari – 18 Februari 2018. Sebarang pertanyaan dan penjelasan sila hubungi En. Mohammad Fikry Abdullah di talian 03-8947 6400 (samb. 6512) dan emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..  

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1699

Minggu Ini 16573

Bulan Ini 55714

Keseluruhan 1647981

any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue