Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem MyeTaPP Versi 6 akan mula digunapakai oleh seluruh JKPTG bermula 9 Oktober 2017 (Isnin). Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Live Sistem MyeTaPP versi 6, perkara-perkara berikut perlu diambilkira :
Tarikh Cut off : 5 Oktober 2017 (Khamis) - dmp file akan dikumpulkan dalam temporary folder (bermula jam 7pm)
Import/Merging Data : 6,7,8 Oktober 2017 (Jumaat - Ahad)
Live : 9 Oktober 2017 (Isnin)
URL MyeTaPP V6 : http://myetapp.gov.my
Untuk makluman juga, Sistem MyeTaPP versi 5 akan ditutup capaian dan penggunaan bermula 5 Oktober 2017 (Khamis) 3.30 petang. Sistem MyeTaPP V6 boleh dicapai penggunaannya menggunakan URL http://myetapp.gov.my/ pada 9 Oktober 2017 (Isnin) jam 8.00 pagi.
Pengguna akan log masuk menggunakan username asal dan sistem akan meminta untuk kemasukan No. K/P bagi kegunaan single sign-on di masa hadapan. Bagi pengguna yang
memiliki id lebih dari satu (id dalaman/id online/id kjp), tuan/puan perlu menghubungi pihak BPICT melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan pihak kontraktor melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk proses pengemaskinian. Selain itu, jika ada sebarang masalah atau ralat digalakkan supaya membuat aduan melalui modul Log Aduan.
Sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada pegawai BPICT JKPTG berikut:
- Pn. Kamarina Bt Mohd Zain Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (03-88861313)
- Encik Samsul B. Samsudin Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (03-88861349)
- Encik Mohd Hafiz B. Hussin Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (03-88861335) .
Sekian, Terima Kasih.