Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan kepada semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perubahan dan pembatalan pekeliling-pekeliling dalam pengurusan harta pusaka kecil susulan pindaan ke atas Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] melalui Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 [Akta A 1643].
KPKM bertanggungjawab memastikan baki tanah-tanah berimilik yang terlibat dengan pengambilan sebahagian tanah diukur sebagaimana peruntukan seksyen 25 hingga 28 Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] agar hak milik sambungan boleh didaftarkan oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai tempoh masa KJP boleh memegang dan mengawal sesuatu tanah milik Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.
Garis Panduan ini bertujuan untuk menyediakan format laporan tanah yang seragam mengikut urusan permohonan di bawah perundangan berkaitan tanah dan penggunaannya di semua pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia. Dengan adanya format laporan tanah yang berkualiti dan seragam ini, insiden kekurangan atau ketidaktepatan maklumat boleh dielakkan. Ini seterusnya dapat memberikan maklumat yang betul kepada pihak-pihak berkuasa di pentadbiran tanah agar pertimbangan dan keputusan yang tepat dan terbaik boleh dibuat.
Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pentadbir Tanah tentang pelaksanaan Penarafan Bintang di pentadbiran Tanah.
Garis panduan ini adalah garis panduan terbuka kepada orang ramai.
Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan berhubung dengan permohonan pinjaman peribadi bagi mengelak keterhutangan kewangan yang serius di kalangan warga JKPTG.