Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah mengenai kehendak Perkara 83 dan 85 Perlembagaan Persekutuan yang hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan-kerajaan Negeri semasa menimbangkan perrmohonan pengambilanbalik tanah, pemberimilikan tanah dan perizapan tanah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama Pentadbiran Tanah (PT) – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di peringkat negeri-negeri bagi menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk:
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-Pentadbir Tanah tentang panduan tindakan pendakwaan bagi kes-kes kegagalan memohon untuk memecah bahagi sesuatu bangunan mengikut peruntukan Seksyen 8, Akta Hakmilik Strata 1985.
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pengarah-pengarah Tanah dan Galian tentang penubuhan Lembaga Hakmilik Strata di negeri-negeri mengikut di negeri-negeri mengikut peruntukan di bawah Bahagian IXA, Akta Hakmilik Strata 1985.
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-Pentadbir Tanah tentang kekeliruan tafsiran Seksyen 6, Akta Hakmilik Strata 1985 berkenaan status bangunan satu tingkat bagi tujuan pecah bahagi bangunan untuk pengeluaran hakmilik strata di dalam satu skim jika terdapatnya bangunan atau bangunan-bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih di atas tanah.
Tujuan Pekeliling ini adalah sebagai garis panduan khas kepada semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan mengenai tatacara memohon pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.