header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015

  • Date of Circular: Sunday, 01 March 2015
  • Title of Circular: Garis Panduan Penyenggaraan Data Rekod Tanah Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer ("SPTB")
  • Purpose of Circular:

    Garis Panduan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah dan Pegawai Teknikal dalam memastikan penyenggaraan data rekod tanah SPTB dibuat dengan berpandukan kepada tatacara yang betul di samping memastikan akses kepada data SPTB dapat dikawal dengan sebaiknya.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2014

  • Date of Circular: Wednesday, 16 July 2014
  • Title of Circular: Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG Negeri bagi Permohonan Tanah (Untuk Mendapatkan Hakmilik/Rizab) untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan bayaran pendaftaran pemohonan tanah.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :

    1. Memudahkan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah Tanah Kerajaan Negeri sahaja;
    2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu JKP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan;
    3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini; dan
    4. Mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu serta mempercepatkan proses pemberimilikan/perizaban oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013

  • Date of Circular: Thursday, 19 December 2013
  • Title of Circular: Pelaksanaan Secured Land Management System (SELAMAT) di Pentadbiran Tanah
  • Purpose of Circular:

    Arahan ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah untuk menyelaraskan penggunaan Aplikasi SELAMAT yang mengandungi modul.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2013

  • Date of Circular: Wednesday, 06 March 2013
  • Title of Circular: Penyeragaman format kepada surat bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 4/2010

  • Date of Circular: Wednesday, 08 December 2010
  • Title of Circular: ‘Maklumat yang perlu dikemukakan kepada jabatan penilaian dan perkhidmatan harta (jpph) semasa memohon anggaran kos pengambilan balik tanah’
  • Purpose of Circular:

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai maklumat yang perlu dibekalkan kepada JPPH Sarawak bagi tujuan untuk mendapatkan anggaran kos pengambilan balik tanah.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010

  • Date of Circular: Thursday, 01 July 2010
  • Title of Circular: Penggunaan draf perjanjian seragam pembelian tanah atau bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 3/2010

  • Date of Circular: Tuesday, 08 June 2010
  • Title of Circular: Penarikan balik perjanjian pajakan kecil di dalam pekeliling pesuruhjaya tanah persekutuan bil 1/2008 dan 2/2008 dan penggantian dengan perjanjian seragam yang baru.
  • Purpose of Circular:

    Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik perjanjian seragam di dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 dan 2/2008 dan seterusnya menggantikan dengan perjanjian seragam yang baru.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010

  • Date of Circular: Tuesday, 01 June 2010
  • Title of Circular: Peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah Kerajaan di Sarawak, senarai semak dan dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk :

    1. Menerangkan peranan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah; dan
    2. Tatacara semasa mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010

  • Date of Circular: Monday, 01 March 2010
  • Title of Circular: Penggunaan borang pengesahan status tanah yang baru dan lapuran tanah oleh JKPTG Negeri bagi menggantikan borang pengesahan status tanah oleh JKPTG Negeri di dalam pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2007 (PPTP 1/2007)
  • Purpose of Circular:

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan bagi menggantikan borang pengesahan status tanah yang sedia ada didalam Pekeliling di atas kepada borang baru.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2008

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan kerajaan persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh kementerian dan jabatan persekutuan di negeri sarawak.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penarikan balik pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bil 1/2008 (penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil(sublease) tanah/ bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian dan Jabatan Perseku
  • Purpose of Circular:

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan memperluaskan pemakaian Kanun Tanah Negara ke Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuatkuasa 01 Januari 2010.

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2009

  • Date of Circular: Thursday, 08 October 2009
  • Title of Circular: Pindaan kepada ‘Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 3 tahun 2008’
  • Purpose of Circular:

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan pindaan kepada “Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2008’.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 2/2009

  • Date of Circular: Tuesday, 01 September 2009
  • Title of Circular: Garis panduan pengurusan perintah jualan tanah atau pajakan oleh pentadbir tanah atas permintaan pemegang gadaian.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada Pentadbirpentadbir Tanah bagi menguruskan permohonan pemegang gadaian untuk mendapatkan perintah jualan tanah atau pajakan secara lelongan awam mengikut seksyen 260 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) apabila berlaku kemungkiran (default) perjanjian gadaian oleh penggadai.

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2009

  • Date of Circular: Saturday, 02 May 2009
  • Title of Circular: Perkara - perkara yang perlu dipatuhi oleh semua kementerian / jabatan di dalam urusan perolehan tanah / bangunan melalui pembelian.
  • Purpose of Circular:

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk memperjelaskan lagi Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 3/2008 (PTP 3/2008) khususnya mengenai perolehan tanah/bangunan yang dibuat melalui kaedah pembelian.

Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 3834

This Week 14843

This Month 14843

Total 11068807

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here